Pages

teman-temanku ~

Friday, April 5, 2013

praktikum #1

1April 2013. bermulalah tugas aku sebagai seorang guru pelatih yang perlu pergi ke sekolah. sekolah yang ditempatkan untuk menjalani rutin sebagai seorang guru pelatih. 4 minggu. nampak mcm sekejap. hakikatnya, selepas seminggu aku lalui, sedikit sukar. banyak cabaran untuk jadi seorang guru tahu ? tapi Alhamdulillah, masih mampu bernafas. permulaan minggu ini agak mencabar. SK Olak Lempit, Banting Selangor. menjadi sejarah untuk aku. sekolah pertama untuk aku mendidik anak bangsa. walaupun perit, ini perlu.

seminggu pertama dilihat berjalan lancar. guru-guru sekolah peramah. tidak lokek memberi tunjuk ajar. budak hingusan yang bakal mendidik generasi baru sentiasa mempunyai persoalan dikepala. itu, ini, bagaimana, mengapa, kenapa, dimana, semua soalan keluar untuk minggu pertama. Alhamdulillah, guru pembimbing tidak kenal erti jemu menjawab 1001 soalan yang keluar.

letih, penat, xde masa, itu adat. tak boleh nak mengeluh. seorang guru kena kental, tabah. kalau tak, mcm mane nak didik nak bangsa supaya turut kental dan tabah ? murid2 SK Olak Lempit. perkara ini selalu jadi igauan setiap guru baharu. murid2 generasi sekarang lain. lain dengan yang dahulu. kadang kala rasa hormat mereka kurang. tapi pelik, mereka takut dengan guru lama. mereka hyper dgn guru baru. 

dalam seminggu pertama, aku buat pemerhatian. aku tgk gaya pengajaran guru lama. aku amik pengalaman mereka. aku cuba gunapakai bilamana masuk ke kelas. percubaan pertama pada hari Rabu, 3 April, kurang berjaya. murid sedikit degil. tapi biasalah, itu pengalaman. kawalan kelas perlu lebih berjaya. harapan semoga esok,lusa, dan hari seterusnya sukses.

10 waktu. jadual untuk praktikum pertama. 8 waktu KH, 2 waktu Pj. tersentak ? oh ini perkara biasa. aku perlu pandai bahagikan masa untuk membuat rancangan pengajaran Harian. RPH. RPH merupakan perkara paling mencabar utk guru pelatih. kalau x lebih 4 muka surat, itu bukan RPH ! hehe. fasa baru, cabaran baru, pengalaman baru. semoga pada hari2 mendatang semuanya indah2 belaka. insyaALLAH ;)

**tamat jurnal minggu pertama.
*3 minggu lagi ~

#terima kasih kerana membaca ^^

mood : belajar dan belajar~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...