Pages

teman-temanku ~

Saturday, January 22, 2011

kisah berganda ~



"wan dah banyak berubah"...mungkin kalau incik blog bley bercakap,,dye akan cakap benda yg sama kat aq..wan dah sangat banyak berubah,,mungkin tahun 2011 dye nak jadi org yg malas update blog ? haish ~ alololo incik blog,,jgn la wat ayat tacing haha,,,***ok habis sketsa aq ngan incik blog..:P senanye,,,layout FB baru yg membuatkan aq lupe yg aq ade incik blog coz lau yang lame ade link kat tepi,,,tapi lau yg baru ?? emm apa pon tada,,,,haish ~

tamat kisah satu~

******



apa crita dengan gambar yg cute mute kat atas nieyh ? haha...bile aq tgk gambar nie lame2,, aq rase nak dtg dekat2,,&& cube besarkan mate mcm mamat kat atas nieyh...kalau aq rase x mampu nak wat mate mcm dye,,,aq kuarkan pencungkil gigi dr kocek seluar,,,&& POP !@3^$%# meletup ! pecah matenye...wakakaka :P...ok2 sebenaunye,,mule2 rase lawak gilak tgk mate sebesau bola ping pong nie,,,tapi lame2 rase cumil la plak,,,so terus den jadikan dye profil pic hahah....

tamat kisah kedua ~

******

permulaan tahun baru yg sangat hebat,,memang agak mencabar jugak lah,,sebagai seorang bakal guru,,,kene tabah la menjalankan amanah yg diamanahkan,,,aq akan cuba menjalankan tugas tersebut dgn baik,,insyaALLAH ~ kepada kawan2,,pertolongan anda sangt saya harapkan okay ? seseorang manusia tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan dari insan yg bergelar kawan...;)

tamat kisah ketiga~

******
emm aq ase 2 je kot kisah berganda yg aq nak story kat incik blog...diharapkan incik blog menikmati apa yg telah wan conteng di badan anda,,,ada masa,,,gua update lagi okay ? sekian...wassalam ~

mood : panas terik di KUALA LUMPUR~

Thursday, January 13, 2011

alamak dh bersawang ! -_-"


maaflah !
blog dh bersawang..
dh seminggu x update..**seminggu je pon haha :P
actually,,aq memang bz..
incik blog jangan kecik hati !
thun nie bz sket la...
dh start degree,,
manyak asignment n ISL nak kene wat..
minggu first jep,,dh nak kene kelam kabut ngan ISL..
nak wat mcm mano kan ?
dh nasib,,
trimas lecterur kerana sgt concern ngan kami !
sangat hargai~
itu saje..
sekian~ ;)

p/s : ade mase,,aq update lagi,,,wassalam~


mood skrg,,hujan salji di kuala lumpur~

Thursday, January 6, 2011

budak lima tahun mati terjerut ~

'Saya ingat dia dah tidur'


ALOR SETAR: “Saya ingatkan cucu sudah tidur kerana tak dengar suara dia bermain di ruang tamu, tapi saya sangat terkejut apabila melihat dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata Chia Sew Heng, 71, nenek Tan Yin Sheng, 5, yang mati dipercayai akibat terjerut pada kain penyangkut langsir rumahnya di Taman Timah Mergong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, budak lelaki itu dipercayai bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya, manakala nenek dan ibunya berada di dapur, sementara bapanya keluar bekerja.
Chia berkata, ketika kejadian, dia bersama ibu mangsa berada di dapur sambil melayan cucu keduanya iaitu adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan.

“Ketika di dapur, saya dengar suara cucu bermain sambil melompat-lompat di atas sofa. Beberapa minit kemudian saya tak dengar suara dia lagi dan menganggap Yin Sheng sudah tidur di sofa berkenaan.

“Saya rasa tak sedap hati dan cuba jenguknya di ruang tamu sama ada dia tidur atau bermain.

“Alangkah terkejutnya saya melihat dia terkapai-kapai dalam kain penyangkut langsir dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Saya menjerit sambil memanggil anak perempuan di dapur sebelum kami membuka ikatan kain penyangkut itu di lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, malam kelmarin.

Menurutnya, dia dan anak perempuannya membawa Yin Sheng ke sebuah hospital swasta di sini, bagaimanapun doktor mengesahkan cucunya itu sudah meninggal dunia.

“Yin Sheng seorang yang hiperaktif dan selalu bermain seorang diri di ruang tamu,” katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata polis menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 10.40 malam dan insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai duduk di atas sofa berdekatan kain penyangkut langsir itu sebelum bermain dengan kain berkenaan sebelum terbelit pada lehernya.

“Polis percaya mangsa mati akibat terjerut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu, nenek dan adiknya berusia tujuh bulan, manakala bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual sayur tiada di rumah kerana keluar bekerja sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Nenek mangsa yang tidak sedap hati selepas tidak mendengar suara mangsa menjenguk cucunya di ruang tamu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa terkulai di atas sofa dengan lehernya terjerut.

“Keluarga mangsa membawanya ke Pusat Perubatan Putra (PMC) untuk rawatan, bagaimanapun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa pulang ke rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati tergantung dan tiada unsur jenayah,” katanya.

sumber : harianmetro6/1/11


********

tudia,,,kesian an,,,nak wat mcm mane,,dh namenye ajal,,,semoga lepas nie,,kite lebey berhati" ok ? 
sekian ~

pesanan khidmat masyarakat : AWASI ANAK-ANAK ANDA !


p/s : sentiasa berjaga" ;)


syazwansanosi6/1/11

Tuesday, January 4, 2011

ketenangan yg dicari ~

ketenangan hati diraut lagi ,
mungkin ianya sementara ,
jika lama , mungkin satu cabaran ,
cabaran utk aq jalani hidup ,
dgn lebih yakin dan kental ,
aq terima...

tapi ,
kata org , jadilah seperti biji kopi ,
yg bnyak memberi jasa ,
jasa yg sentiasa dikenang oleh semua ,

mungkin , 
aq akan cuba ,
jadi seperti itu ,
bagi mencari erti hidup ,
yg didambakan oleh semua ,

dunia , 
aq kagum !
kagum dgn rencah hidup ,
yg dilalui pelbagai masyarakat ,
susah senang yg dilalui ,
membuatkan mereka menjadi BESI !

jadi ,
sudah tiba masanya ,
aq memberi peluang kepada diri ,
utk merasakan apa yg ingin dirasakan ,
jgn biarkan rasa hati ditentang ,
dan dikuasai oleh pelbagai rasa ~


ketenangan seperti ini sentiasa menjadi harapan ~

p/s : hati sayu bile tibanya maghrib ~ 





Monday, January 3, 2011

permulaan tahun baru ~

hype semua,,, masih mood tahun baru ka ? haruslah kan hehe...btw selamt berjaya dlm ape yg korg semua tempuh utk tahn baru ok !.. emm ok berbalik pade tajuk entry,,,"permulaan tahun baru " emm agak mencabar sket haha,,,coz dh start masuk degree,,actually,,hari nie ade orientasi utk student 1PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) agak letih tp seronok coz ingtkan dh xde orientasi upenye ade ag haha,,,mungkin bley disimpan utk menjadi kenangan hehe...btw,,hari nie pon aq dapat result final exam sem lepas,,,sem final foundation,,,emm agak kecewa gak la an coz pointer menrun..:(...tp Alhamdulillah lulus... yg paling aq x bley terima ngan result GERKO HOKI aq,,,mcm x patut jep dye bg C+..aq ase mcm x berbaloi jep aq men hoki sem lepas,,-_-" adoi,,,tp xpelah an,,,trime jelah,,,may b ade hikmah dsebalik kegagalan hehe...chill WAN ! haha...ok aq ase 2 jelah nak bgtau kat incik blog..;) papehal aq update lagi ok ? sekian...wassalam~ ;)


kite kene semangat mcm luffy nie ! haha

p/s : semoga kejayaan milik kite pada thn nie && seterusnya..amin ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...