Pages

teman-temanku ~

Wednesday, December 14, 2011

rasa aku.

rasa itu. rasa ini. rasa pelbagai yg mampu mencetus satu fenomena. bila banyak rasa yg timbul, mulalah tangan rasa gatal nak menaip. menaip sesukahati. setiap apa yg terlintas difikiran, ditaip tanpa ada rasa untuk dibackspace. seronok menaip laju. selaju rasa yg terlintas difikiran. kadang kala, berhenti seketika. terfikir andai rasa yg dirasai, mempunyai akibat bilamana terus dirasa tanpa ditapis oleh akal yg positif.


setiap manusia punyai rasa. rasa yang dicipta oleh-NYA. sungguh agung ciptaanNYA. rasa yang mampu meletakkan seseorang itu tinggi dek kerana darjat yang ada. mungkin itu fakta. tapi tidak mustahil dengan pelbagai rasa yang timbul akan mengubah segala darjat yang ada dengan sekelip mata ?  darjat bukan penentu kebahagiaan. andai ada yang rasa darjat adalah penentu kebahagiaan, cuba kaji semula. kaji adakah rasa itu asli ? asli dan palsu banyak jurang perbezaannya.


pernah terbaca satu artikel. hati manusia cepat tersentuh. itu salah satu dari rasa yang wujud dalam setiap diri manusia. memang benar, setiap yang bergelar insan perlu menjaga setiap hati yang ada. tapi, jika hanya sebelah pihak yang menjaga hati, adilkah ? hidup mungkin tidak akan menjadi seindah yang diharapkan. cuba kaji dimana silapnya. tepuk dada tanya iman.


"berbahagia, tenteram, bergembira dan optimislah tanpa ada unsur-unsur kesedihan didalam hati". sepotong ayat yg aku petik dalam sebuah buku. rasa aku, ayat ini punyai maksud yang mendalam. rasa kadang-kala hadir tanpa dipinta. tetapi sesuatu situasi yang menjadikan rasa itu hadir dengan rela. seharusnya cuba kawal rasa yang hadir itu. tanpa kawalan, mustahil untuk kita nikmati keindahan dunia yang masih banyak perlu dirasa.


hanya rasa. rasa dari seorang yang berada masih jauh dibelakang. banyak yang perlu dipelajari. mungkin rasa itu dan ini belum cukup mematangkan manusia. tidak cukup dengan rasa yang kita rasai hari ini. esok masih belum tentu rasa seperti hari ini timbul. mungkin esok akan timbul rasa yang tidak diduga. siapa tahu ? sekian, wassalam~

p/S : bahasa terlampau tinggi hehe. tanya kalau tak faham :P

mood : rasa aku ~

Saturday, December 10, 2011

bodoh sombong !


banyak orang banyak ragam. dalam tempoh hampir 3 minggu aku kerja, orang yg bodoh sombong la yg membuatkan hari aku pudar. hari ni paling ramai orang yg spesis mcm ni datang. memang la customer always right. tapi, apa guna belajar adab sopan kan ? cubalah berpijak dibumi yg nyata. pandang diri tu dalam-dalam. dah berjaya ke kau kat atas muka bumi ni kalau nak bongkak ? orang mcm nie kita panggil bodoh sombong je bley ? ok sekian, wassalam~

p/S : sori sedikit emosi.

mood : letih ~

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #15


hehe ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : ww~

Monday, December 5, 2011

sepotong nasihat


sekadar hiasan ~

"jangan berdukacita, ingatlah bahawa dengan membaca anda boleh meningkatkan potensi dan kemampuan anda"

"jangan berdukacita, perhatilah keajaiban-keajaiban ciptaan ALLAH di alam semesta"

sepotong nasihat untuk dikongsi. banyak lagi yg perlu dipelajari. buku La Tahzan pon masih banyak yg perlu dibaca. memerlukan sedikit masa utk menghabiskannya. sekadar mahu berkongsi. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : maghrib~

Thursday, December 1, 2011

disember datang lagi.

seperti biasa. bulan disetiap penghujung tahun datang dan pergi. disember. bulan yg mungkin dinanti-nanti oleh kebanyakan orang dan mungkin juga kurang digemar oleh sesetengah pihak. bagi aku, bulan disember kali ini datang seperti biasa. cuma pertambahan usia. hari berlalu. adakah perkara bermakna kita buat? tahun baru hijrah sudah beberapa hari berlalu. seeloknya hargai setiap hari kita. agar ada perkara bermakna yg dilakukan setiap hari. wahai disember, semoga banyak perkara bermakna dapat aku lakukan. insyaALLAH. sekian, wassalam.


esok masih panjang ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kerja ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...