Pages

teman-temanku ~

Saturday, October 29, 2011

yeay ! info terbaru ~

aku tahu ujian MUET merupakan langkah terbaik untuk aku mengenalpasti sejauh mana kehebatan aku dalam bahasa inggeris. tapi ada perkhabaran mengatakan pelajar IPG (Institut Pendidikan Guru) x perlu ambil muet. yeay ! hehe :P


Surat Siaran Senat MUET.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru Kali ke-7 tahun 2011 pada 19 Oktober 2011, telah membuat ketetapan bahawa Malaysian University English Test (MUET) adalah TIDAK DIWAJIBKAN kepada semua pelajar yang mengikuti program latihan dan kursus pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

sumber : klik SINI~



(^^)v

terima kasih kerana membaca ^^

mood : hujan.

Tuesday, October 25, 2011

Malaysia itu indah ~

cuti seminggu dirumah memang habiskan mase depan tv je. xde plan nak buat ape, so tv jelah jadi mangsa keadaan. kat tv banyak plak iklan pasal kawasan perlancongan yg menarik kat Malaysia. seriusly, sgt tertarik dengan keindahan negara tercinta. Malaysia itu indah !



malaysia truly asia ~


actually baru balik dari pulau tioman. ada ceritanya dekat sini ~ sangat seronok bercuti didalam malaysia. masih banyak benda yang perlu diterokai dekat negara sendiri. satu hari, pasti akan ada masa untuk aku terokai keseluruhan malaysia ! insyaALLAH ~ 



pulau tioman indah dimata ~

keindahan pulau timan tak dapat disangkalkan lagi. kepada penggemar-penggemar lautan, tioman adalah destinasi yg sesuai ~ semoga dapat melancong kekawasan yang lebih indah pada masa akn datang~ **berharap dapat posting ke tempat yg menarik alam semulajadinya ;D sekian wassalam ~

p/S : jom layan video perlancongan malaysia ~



selamat menonton ^^

terima kasih kerana membaca ^^

mood : santai ~

Sunday, October 23, 2011

La Tahzan~

sedang melapangkan diri dengan membaca buku "La Tahzan" (jangan bersedih). banyak input dan nilai yang boleh kita peroleh. dengan bahasa yang sangat mudah difahami, hari-hari anda pasti tenang dan indah ;) antara kata-kata yang menarik :-


"setiap orang yang melukai org lain kelak akan bertemu dengan hari yg penuh luka"

"tenanglah, kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya adalah kesenangan, dan penutupnya adalah kemuliaan"

"kini aku menunggu kelegaan, sedangkan engkau sedang ditunggu oleh kebingungan"

menarik bukan ? lagi banyak ayat yang menarik berada didalam buku ini. tahniah kepada Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni kerana mengeluarkan buku yang menarik dan terlaris di pasaran ;D. sekian, wassalam ~


(^^)V

terima kasih kerana membaca ^^

mood : santai dirumah ~

Wednesday, October 19, 2011

laut biru pujaan hati ~

hye guys. baru berkesempatan nak update blog. baru balik dr kg. juara pulau tioman, berbakti siswa. 3 hari 2 malam berkampung di sana meninggalkan pelbagai kenangan terindah ;) seronok bersama warga kampung juara. layanan yg istimewa oleh keluarga-keluarga angkat memang sangat superb. ikan-ikan dan sotong yang sangat segar, masih terasa ditekak. lautan biru tetap menjadi pujaan hati aku dan kawan2 yg lain. semoga kita berjumpa lagi warga kg. juara. 






antara gambar yg sempat diupload ~

skrg, jom layan video khas yg dibuat oleh rakan sekerja, layan ~~~


semoga anda semua terhibur ;D

sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : rindu  tioman ~

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday #12


p/S : semoga semuanya baik2 aje, amin ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : baktisiswa~

take note ~


terima kasih kerana membaca ^^

mood : santai ~

Tuesday, October 11, 2011

baru permulaan.

mengeluh. puaskan nafsu tido. itu mungkin cara yang terbaik aku hilangkan penat didada. ini baru permulaan. 3 tahun lagi bakal menanti. tanggapan orang, mungkin senang jadi guru. realitinya, indah khabar dari rupa. bukan nak mengeluh atau mengadu, cuma menyatakan kebenaran. kagum dengan guru-guru diluar sana. kental dan tabah harungi hari-hari mereka. tapi benar, jasa guru sangat besar. kasih guru membawa ke syurga. ketabahan hati perlu ada mengiringi hari esok. 



**sedekahkan al-fatihah kepada bekas cikgu KH sekolah aku yg baru kembali kerahmatullah sabtu lepas. Al-fatihah ~

sekian, wassalam~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : letih ~

Saturday, October 8, 2011

al-hijab

baru balik dari tgk filem arahan pierre andre, AL-Hijab. masih terngiang-ngiang ayat maimon mutalib " perkara yang kita cakapkan ni, bukan main-main. sekali kau dah masuk ke alam lain, musibah akan datang kalau dalaman kau tak kuat !" hehe meremang jugak la bulu roma bile tgk trailer dye hehe. lepas tgk citer al-hijab nie kat TS tadi, overall aku rase, not bad la. hehe riuh jugak panggung wayang dengan jeritan org ramai hehe



poster filem al hijab ~

jom aku nak review citer nie. emm bagi aku, jalan cerita al-hijab nie menarik. berkisarkan tentang pelakon baru yang dapat tawaran berlakon sebuah filem seram. tapi nak dijadikan cerita, raf(pierre andre) ni jenis x dek perasaan takut n tak percaya akan kewujudan hantu. so, makwe dye (fathia) cerita tentang hijab. so bermulalah perasaan yg membuak-buak raf nie nak tgk hantu untuk dapatkan feel  berlakon cerita hantu. jadi, kaji punya kaji pasal hijab, dye pon jumpelah seorang nenek(maimon mutalib) nie kat kawasan kampung terpencil untuk bukak dye punya hijab coz nak tgk hantu. 



part yg nie, seram ! haha :D


raf dalam cerita nie pon pulun. nenek tu nak tutup balik hijab dye kate tanak. so nenek tu biarkan jela. so berlakulah pelbagai kejadian aneh sepanjang hijab dibuka. haa sampai sini je aku cerita hehe..kalau korang nak tahu lebih2, p tgk sendiri kat wayang. sambutan pon mcm hebat je. full panggung aku tgk tadi. secara keseluruhan cerita nie, bagi aku, menarik && mudah difahami. tapi banyak scene terkejut hehe. awas kepada penghidap jantung. jangan tengok ! jom layan gambar dlm filem nie ~










so aku preffer, baik korang pergi sendiri && nilai sendiri filem ni, best or tak hehe.. overall okay la bagi aku. sekian, wassalam ~ <3

terima kasih kerana membaca ^^

mood : bangga menjadi guru <3

Friday, October 7, 2011

save our nature for the better future ;)

" An eco friendly bag for people who are concern about enviromental care"

tertarik dengan ayat nie. sebagai pencinta alam, aku like ayat nie banyak2 hehe. alam semulajadi, khazanah yang diamanahkan ALLAH S.W.T. sangat penting untuk kita mengekalkan dan menambahbaik, alam semulajadi supaya kekal, seperti yang sedia ada. sekian, wassalam ~




ketenangan bagi aku, melihat keindahan alam semulajadi ciptaan maha agung ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : tenang ~

Wednesday, October 5, 2011

leka ~

kita sering alpa. leka dengan nafsu dunia. pelbagai berita yang kurang enak didengar, tersiar didada-dada akhbar. dahulunya diasuh dengan bermacam perkara positif, dengan harapan, menjadi insan yang berguna kelak. renungkanlah..



kes seperti ini semakin berleluasa saban hari ~

luluh hati seorang ibu bilamana mendapat tahu, anak yang dididik, diasuh dari sehelai kain putih, telah menconteng arang kediri mereka sendiri. setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. tetapi, akal tewas dek kerana nafsu yang menguasai diri. memang seronok bila melakukannya. tetapi, keseronokan yang membawa padah, apa gunanya ? insan seperti gambar diatas tidak diminta untuk lahir kedunia dengan cara begini. renungkanlah...


nasihat ibu bapa, sahabat handai tak mahu didengar. ditolak mentah-mentah nasihat yang diberi. tertarik dengan kata-kata yang dikongsi oleh kawan AKU :-

walaupun "kubur kita lain-lain, dosa kita lain-lain, neraka kita lain-lain"
TAPI INGATLAH !
yang memandikan jenazah kamu, "orang lain"
yang sembahyangkan jenazah kamu, "orang lain"
yang mengkhafankan jenazah kamu, "orang lain"
yang mengkebumikan jenazah kamu, "orang lain"
yang membacakan yaasin dipusara kamu,"orang lain"
yang bersedih keatas kematian kamu, disebabkan,"orang lain"
jadi jangan kamu menyusahkan "yang lain" dengan perangai kamu yang tidak disenangi oleh "orang lain"
renungkanlah, sekian wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : renungan ~

Tuesday, October 4, 2011

moment ~


kita mungkin tidak akan ingat harinya. tetapi, kenangan hari itu sentiasa terukir dihati ~


terima kasih kerana membaca ^^

mood : dingin malam ~

Saturday, October 1, 2011

libas, melibas, & dilibas ~

tajuk bikin gempak je kan ? hehe actually baru je balik dari hilangkan boring dihujung minggu. even ramai member maktab ramai yang balik n busy dengan hal dunia, bertiga pon boley la hehe. plan tgk wayang, tapi, citer2 yg tgah hot kat panggung wayang sekrg kebanyakkan dh ditengok oleh "NUEK" (member). so kitorg pon plan la tgk citer yg baru keluar khamis lepas, citer LIBAS. mule2 nak tgk citer nie, fikir jugak la 2,3 kali coz mcm kurg dapat sambutan je hehe. then dh sampai kaunter tiket, mmg betul, citer nie x selling fast. jadi, dapatla pilih seat yg selesa. ^^


ok jom aku review, citer libas nie. emm bagi aku, jalan cerita citer libas ni agak menarik. menceritakan tentang pasukan Malaysia yang ingin mempertahankan maruah dalam arena sepak raga a.k.a libas. pasukan Malaysia terdiri daripada rosyam nor sebagai raja libas yang ingin mengembalikan maruah pasukan negara yang mana telah tewas ditangan pasukan thailand. disebabkan kecederaan yang lalu, adnan(rosyam nor) terpaksa mencari pemain baru untuk mengembalikan maruah negara. then dye jumpelah johan n kumok(x sure ape name sebenar hehe) so bermulalah kisah mereka sebagai pemain sepak raga yang handal dek kerana bakat yg terpendam hehe ;)


adnan saladin, hadi, kumok ~

konflik citer nie bilemana, pasukan thailand yg terdiri dari zek zambri n the geng cube guna taktik kotor untuk merampas bola keramat dan memenangi pertandingan libas. yg stylonye, pasukan thailand nie cakap siam lawak gile haha. kalau korang tgk hantu bonceng, pelakon yang pegang watak "kunyit" cakap siam lawak gile haha. memang x kering gusi la gelak dengar diorang cakap siam hehe. kunyit, penyeri pasukan thailand n yuswaisar pon lawak jugak hehe.;)


yg nie team thailand. semua cakap siam hehe~

jalan cerita filem nie ringan je bagi aku. emm johan rajalawak memang penyeri dalam filem nie. bagi aku, tanpa johan, mungkin filem nie agak kurang best la kot coz x de unsur lawak hehe. emm lagi satu, scha al-yahya dalam filem nie pon x kurang hebatnye. ratna(scha) penyelamat maruah team malaysia. hebat giler melibas hehe ;)


johan, menjadi dengan gaya selumber dye ;)


scha, comel gaya dye tyme nie. mcm chun li dalam street fighter hehe ;)

okay overall bagi aku citer ni aku rasa ok la. sesuai untuk tontonan keluarga. tapi yg kurang sket, aku rase effect dye mcm melampau2 la plak hehe. then, ade certain part yg x berapa menjadi effect dye. yang lain2 ok la kot ;) kalau korang nak tahu lebey lanjut, better korang p tgok sendiri citer nie. lagipon citer nie mcm menaikkan semula permaianan takraw dalam kalangan anak muda sekrg yg makin melupakan permainan tradisi nie.;) sekian, wassalam ~

p/S : citer nie ade gaya mcm citer shaolin soccer, tapi ade gaya tersendiri ;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood :  santai ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...