Pages

teman-temanku ~

Wednesday, June 8, 2011

kain pelikat warisan melayu ~

ASsalamualaikum semua ! selamat pagi dan salam satu malaysia ! okay hari nie aq nak kongsi celita dgn korang, pasal antara warisan melayu iaitu kain pelikat. kain pelikat nie memang digunakan dari dulu lagi. Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.
kalau kite tgk kan, kain pelikat nie dh makin jarang dipakai oleh generasi muda. ada antara mereka yg tak pandai pakai kain pelikat. mungkinkah satu hari nanti, kain pelikat ini akan pupus ditelan zaman ? tepuk dada tanya selera ^^ sekian, wassalam ~


kain pelikat perlu diwarisi oleh generasi akan datang ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : kagum dengan warisan melayu~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...