petua sakit gigi ~
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
okay aq ase nie je kot,,sekian wassalam ~ selamat mencuba ^^
sumber: 101 petua ~
terima kasih kerana membaca ^^
mood : membantu hehe~
6 orang menjerit:
eh mcm tau tau jer gua tgh sakit gigi.... pakai sensedye sudah
owh sakit gigi ke ? hehe
sensodye cara moden haha
kan lebih elok jumpa doktor gigi. jgn sampai gg tu dah x bleh di selamatkan lg baru nak serah diri huhuhu nt doktor bebel tgk arrr..ngeee
haha tapi petua org kg pon kadang2 bley guna la jijah haha
ades! tetiba sakit gigi..
selalu biar je lelama.. nant ok sendiri.. hehehe
hehe jgn melarat sudah ^^
Post a Comment