Pages

teman-temanku ~

Wednesday, October 5, 2011

leka ~

kita sering alpa. leka dengan nafsu dunia. pelbagai berita yang kurang enak didengar, tersiar didada-dada akhbar. dahulunya diasuh dengan bermacam perkara positif, dengan harapan, menjadi insan yang berguna kelak. renungkanlah..



kes seperti ini semakin berleluasa saban hari ~

luluh hati seorang ibu bilamana mendapat tahu, anak yang dididik, diasuh dari sehelai kain putih, telah menconteng arang kediri mereka sendiri. setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. tetapi, akal tewas dek kerana nafsu yang menguasai diri. memang seronok bila melakukannya. tetapi, keseronokan yang membawa padah, apa gunanya ? insan seperti gambar diatas tidak diminta untuk lahir kedunia dengan cara begini. renungkanlah...


nasihat ibu bapa, sahabat handai tak mahu didengar. ditolak mentah-mentah nasihat yang diberi. tertarik dengan kata-kata yang dikongsi oleh kawan AKU :-

walaupun "kubur kita lain-lain, dosa kita lain-lain, neraka kita lain-lain"
TAPI INGATLAH !
yang memandikan jenazah kamu, "orang lain"
yang sembahyangkan jenazah kamu, "orang lain"
yang mengkhafankan jenazah kamu, "orang lain"
yang mengkebumikan jenazah kamu, "orang lain"
yang membacakan yaasin dipusara kamu,"orang lain"
yang bersedih keatas kematian kamu, disebabkan,"orang lain"
jadi jangan kamu menyusahkan "yang lain" dengan perangai kamu yang tidak disenangi oleh "orang lain"
renungkanlah, sekian wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : renungan ~

2 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...