Pages

teman-temanku ~

Tuesday, November 1, 2011

bintang itu milikku ~

tajuk sebuah novel. sekali imbas, menarik minat untuk aku membaca. berkisarkan tentang kekeluargaan, percintaan dan liku2 perjalanan seorang insan yg cekal diatas muka bumi ini. diraut wajah yg tenang dan ketegasan yg dimiliki, terdapat satu kisah yg terpaksa diharungi atas dasar tanggungjawab.



entry kali nie bukan nak fokuskan pada novel yg aku baca. tapi hanya nak kongsi isi yg tersirat disebalik tajuk "bintang itu milikku". bagi aku, setiap masalah dan permasalahan yang berlaku pasti ada puncanya. mungkin senang hanya berkata dengan mulut mengenai punca. tapi itulah hakikat sebenar. siapa sangka pergaduhan antara adik beradik yang sering diperkatakan bahawa air yang dicincang tidak akan putus. tapi didunia realiti, pelbagai perkara yg berlaku antara adik beradik. tidak mustahil bukan ?


seringkali lalai dengan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh kita sehari-hari. mungkin kita leka ataupun alpa. keindahan dan kecanggihan dunia saban hari telah meletakkan tanggungjawab ketepi ? mungkin itu realitinya. bilamana berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku, berkait rapat pula dengan tanggunjawab yang dipegang, siapa salah siapa benar? jari yang dituding pasti akan tertacap kearah muka kita. maka berlakulah keresahan dihati sehingga setiap kerja yg dibuat tidak sesempurna dahulu.


mungkin dah tertulis didalam kamus kehidupan seharian mengenai perjalanan hidup setiap yg bergelar manusia. mungkin hari ini indah untuk mereka, tetapi esok siapa tahu ? kadangkala pernah juga terlintas dibenak pemikiran manusia mengenai kegembiraan yang diinginkan setiap saat dan waktu. wajarkah ? tanpa cabaran, hidup umpama nasi yang dimakan kosong tanpa lauk. kosong. tidak indah hidup tanpa cabaran.


bintang itu milikku. sangat indah bukan tajuknya ? bintang. planet yang menceriakan malam kita. tika mata renung kelangit yang gelap, terdapat bintang berkelipan. sejuk rasa hati dan kagum dengan keindahan ciptaan-NYA. bila dikaitkan dengan kehidupan seharian, bintang umpama bonus. tidak tahu bila mungkin bintang itu akan menjadi milik kita. apabila keistimewaan itu sudah nampak, maka terbuktilah bintang itu milik kita. kesabaran dan kekuatan iman yang kuat menjadi peneman setiap insang yang ingin menggapai bintang itu. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : MAB ~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...