Pages

teman-temanku ~

Saturday, December 31, 2011

end of year ~

31 disember. hari ni, aku diuji dengan kehadiran selesema. sedari awal hari. usai solat subuh, kehadiran selesema menggangu gugat ketenteraman seorang hamba ALLAH. "cliche". ini bukan kali pertama. sehingga kini, lelehan air sentiasa laju menuruni dua buah "gua" kurniaaNYA. aku redha. kurenung lama-lama. mungkin ini ujian terakhir buat aku untuk tahun terakhir yang kini makin rancak disebut orang ramai. selepas ini, 2011 menjadi kenangan. 1001 kenangan manis mahupun pahit akan disemat didalam sanubari. terima kasih 2011. terima kasih YA ALLAH. perjalanan tahun 2011 yang dirancang oleh MU untuk aku, telah kutempuh dengan jaya. ujian-ujian yang kau beri telah kucuba lalui dengan hati redha dan terbuka. 2012. pembukaan lembaran baru untuk aku menguji kekuatan. segala pengalaman hidup selama 20 tahun akan aku bawa bersama untuk lalui tahun 2012. semoga tahun 2012 akan membawa lebih makna kepada aku. insyaALLAH, amin. sekian, wassalam~


tahun baru, bukak buku baru ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...