Pages

teman-temanku ~

Thursday, June 9, 2016

Syazwang ke jepung 2016!

Hai. Berkurun lama dh tak update blog 😆. Memandangkan aku baru balik dr travel ke jepun, meh sini aku nk share sikit itinerary and bajet yg aku guna sepanjang berada 8 hari 7 malam kat negara matahari terbit tu. So check it out guys!

Bajet ke nippon:
- tiket AirAsia KL-Tokyo(haneda) MYR465
- tiket AirAsia Osaka(kansai)-KL MYR645
- JR pass (japanese railway) beli dkt Malaysia before fly- MYR1121( nationwide, bley cover semua train, bas yg ade JR logo kat jepun.
- penginapan 3 hari di tokyo, 4 hari di osaka (guna Apps Airbnb) (MYR386 sekepala darab 4 org)
- makanan bawak dr malaysia like brahims, instant food etc (ikut kehendak)
- then last but not least, duit poket. (Ikut kehendak jugak)

So total perbelanjaan kat sana dalam 4.5K jugakla utk 8hari 7malam.

Okay ni itinerary aku kat sana:

30/6/2016(isnin)
- nuek hantar kitorg ke airport. Klia2
- flight pkol 2.30 ptg. So dtg awal lepak ngn kekawan yg sudi hantar.
- dalam 6 jam jugak la perjalanan KL ke Tokyo.
- pkol 10 malam waktu tokyo kitorg touchdown airport haneda.
- dah sampai, josh bkk maps yg owner rumah tokyo tu. So kitorg gerak ikut maps cr rumah yuya(owner rumah). Area adachiku, tokyo.
- dalam pkol 1pagi jugak kitorg check in rumah yuya.
- tido sekejap, pkol 2.47 subuh 😆😂

31/6/2016(selasa)
- pkol 9 bangun sebb keletihan haha. Nasib subuh awal. So takdela terlepas subuh hehe.
- hari ni kitorg target nk ke mt fuji. Papepon, kene tukar JR pas dulu dkat stesen terdekat.
- JR stesen terdekat, kitorg ke Ueno. Kat sini lepas tukar Pas JR, dapatkan info sket dkt kaunter, kitorg pusing sekitar Ueno. Sini ade Hard Rock Cafe Ueno. So belila sikit ole2.
- pusing ueno park, snap dua tiga gambar kenangan then kitorg ambik train ke mt fuji.
- ke mt fuji, halfway je bley pakai JR pass. Then kitorg kene beli tiket lain (pakai local train which is different company not JR)
- gerak balik dr mt fuji dah malam masa tu. Then naik train, cari jalan balik me rumah, singgah convenient store tapaw onigiri sket. Balik rehat 😊

1/6/2016(Rabu)
- today is josh's birthday!
- bangun mcm biasa. Then plan hr ni nak cover famous area at tokyo.
- so kitorg decide gerak ke disneyland tokyo. Gerak sana pakai train yg ade JR logo.
- dh letih snap pic, beli ole2 sket, kitorg gerak ke tokyo skytree. Tokyo skytree ni dr train station, kitorg walking around 20 minutes. Sbb Itu je JR stesen yg terdekat. Tp x letih sgt sebb suhu masa tu 15-16 degree. So x berpeluh sgt ketiak 😆
- dah nak magrib, kitorg patah balik ke train stesen, kitorg decide nk ke akihabara(kedai electric) shibuya(famous crossing) and harajuku street. Kire dalam satu malam nk cover tiga2 tempat ni.
- actually kitorg sekadar check in tempat2 ni. Asalkan jejak hehe. Kalau korg nk lama kat situ ak cadangkan set balik timing korang. Sbb harajuku kalau lewat sgt nothing dah kat sana. Bnyk kdai dh ttp hehe.
- then gerak ke JR stesen terdekat.
- balik rumah, pack barang sebab esk nk gerak ke osaka.
- solat subuh 2.47 pagi then tido hehe

2/6/2016(khamis)
- bangun awal sikit. Sambung pack barang, kemas rumah sebelum gerak ke train stesen.
- harini kitorg kene naik bullet train (shinkasen) ke osaka.
- pergi kaunter, reserved seat sbb nak tgk mt fuji on the way ke osaka hehe. Tp semua dah full side yg bley view mt fuji huhu. Nasib la dh tgk puas2 mt fuji hari tu 😆
- dalam 2 jam 30 minit jugakla kitorg dlm shinkasen.
- ptg baru sampai shin-osaka stesen.
- sampai, josh bkk maps utk ke rumah yg dh booked area osaka. Tapaw takoyaki dulu sebelum gerak ke rumah haha.
- sampai rumah, letak barang, tggu magrib pastu keluar kejap tgk bandar shin-osaka malam2. Riki kedai2 yg murah, beli ole2 sket, then balik berehat.
- dlm perjalanan balik kitorg terserempak yakuza haha. Tp yakuza die tak kacau org. So chill!
- berehat.

3/6/2016(jumaat)
- pkol 9 kitorg dh keluar rumah. Target hr ni ke Nara. Nk tgk rusa, nk pergi park n nara street hehe.
- mmg setiap hari mata kena melilau cr logo JR utk ke mana tempat.
- sampi nara stesen, kitorg tapaw makanan sikit dkat convenient store. (Onigiri, takoyaki, sushi) cr yg seafood hehe.
- naik bas sightseeing nara. (Ini kena bayar dalam 280yen utk one day pass). So korang boleh naik mana2 bas utk ke setiap pit stop.
- tgk rusa, tgk shrine, snap pic, then pergi nara street(cari ole2 sket hehe)
- dah mcm nak gelap kitorg gerak ke nara station, gerak balik ke kyoto, then balik ke shin osaka.
- hari ni balik rumah awal sket. So dapatla masak and makan makanan yg banyak bawak dr Malaysia hehe.
- berehat.

4/6/2016(sabtu)
- bangun mcm biasa.
- harini nak cover kyoto.
- kyoto ni bandar lama tokyo. So ramai yg mengenakan kimono.
- dkt kyoto, kitorg gerak ke kawasan shrine2 yg famous. Kitorg gerak ke inari. Kat sini mmg ramai foreigner. Org local pon ramai berkimono.
- dkt inari ni, ade jual banyak street food. So tak lepaskan peluang cuba makanan yg boleh dimakan such as ubi, takoyaki octopus, udang, etc.
- dah puas makan, snap pic dgn awek jepun berkimono, kitorg gerak ke nichiki market.
- Nichiki market ni one of the famous market at kyoto.
- Sini pon banyak street food. So cuci mata, snap pic,dah gelap, gerak balik rumah.
- berehat.

5/6/2016(ahad)
- Last day before ramadhan, last day before going back to our motherland hehe. So harini target nk pusing osaka and food hunting hehe.
- pagi2 kitorg gerak ke Universal studio Japan. Tak masuk pon. Sekadar check in. Then pusing2 kawasan jap. Banyak kedai yg boleh shopping area USJ ni. Ade takoyaki museum. Then isi perut kejap hehe.
- dah puas dkt USJ, kitorg gerak ke bandar osaka.
- kitorg ke JR Namba. Sini ada Namba walk. So sebarian jalan dkt Namba street, food hunting. Ramai sangat foreigner sini cr makan. Kitorg tgk makanan yg famous di osaka. Then shopping sket sampai letih kaki berjalan hehe.
- dah nak gelap, kitorg gerak balik rumah. Kemas barang. Esk nak balik Malaysia! Wehuuu rindu masakan mak n makanan Malaysia tine ni.
- ready sahur dulu sebelum tido. Awal gile sahur. Sbb subuh awal haha. Lepas subuh tido.

6/6/2016
- today is Nisa's birthday!
- hari ni last day at nippon. Kemas barang. Kemas rumah. Gerak ke shin- osaka station. Then ambik train direct ke kansai airport.
- actually kansai airport ni pawer. Sbb aiport dia dkt tgh laut. So, train yg kitorg naik, cross the sea. Hebat teknologi jepung ni hehe.
- dkt kansai airport, ade prayer room babe! Setelah seminggu sembahyang di area yg diyakini bersih, harini baru selesa solat di surau.
-Setle solat, setle check in baggage, shopping sket dkat shops yg ade.
- pkol 430ptg waktu jepun kitorg naik flight ke klia2.
- bukak puasa atas flight.
- pkol 10.30 sampai KL. Alhamdulillah.

Sayonara Jepun. Thanks for having us. Until we meet again. 😘😢🇯🇵
P/s: Gambar2 aku malas nk masukkan dalam blog ni. So kalau korg rase nk tgk sekeping dua gambar, boleh ke insta aku syazwansanosi.

Thanks for reading!

1 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...