Pages

teman-temanku ~

Thursday, June 2, 2011

kisah ikan ~

bace paper hari nie rase kesian plak kat penternak ikan sungai kat temerloh. bukan ape,,kene serang ngan memerang. dahla ikan feveret ! ikan patin ! haha...jom kita bace berita selanjutya ~



Memerang serang sangkar patin


TEMERLOH 1 Jun – Pengusaha ikan sangkar daerah ini berhadapan ancaman puluhan ekor memerang menyerang ternakan mereka.
Sebelum ini lebih 100 pengusaha ikan sangkar turut mengalami kerugian berikutan ternakan mereka dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Masalah itu bagaimanapun selesai ekoran beberapa tindakan daripada pihak berkuasa dan pihak pengusaha sendiri melakukan pelbagai inisiatif mengawal hasil mereka.
Kini, ancaman itu kembali lagi tetapi melibatkan kehadiran mamalia itu sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.




memerang cuba menyerang ~

Seorang pengusaha, Nor Sirat Abd. Aziz, 33, berkata, sejak setahun lalu dia mengalami kerugian mencecah RM20,000 apabila ternakan ikan patin sangkar diserang memerang.
Menurutnya, kerugian yang ditaksirkan itu belum dicampur kerugian makanan ikan dan tempoh masa diambil untuk pengeluaran hasil sekurang-kurangnya enam bulan.
“Haiwan itu semakin bertambah dan bersarang di beberapa kawasan tebing sungai termasuk di Pulau Temerloh serta lubuk-lubuk utama sekitar Sungai Pahang dan Sungai Semantan,” katanya di sini baru-baru ini.
Nor Sirat berkata, apabila sangkar dimasuki memerang, tumbesaran ikan yang diternak akan terbantut, cacat dan akhirnya mati.
Jelasnya, tidak ramai pengusaha yang mampu bertahan apabila haiwan ini menyerang ikan sangkar, akibatnya pengusaha mula ‘gulung tikar’ daripada menanggung rugi.
Seorang lagi pengusaha, Ridzuan Harun, 28, berkata, dia pernah terserempak dengan sekumpulan 20 ekor memerang yang memasuki sangkarnya.
Menurutnya, lebih 100 ikan patin mati dan beribu lagi terbantut tumbesaran sehingga mengalami kerugian beribu ringgit.
“Apabila kes curi tidak berlaku, timbul pula masalah memerang yang menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar,” katanya.
Ridzuan menggesa pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak yang semakin rugi sejak kebelakangan ini.




sangkar ikan yg menjadi ancaman ~

Dalam pada itu, Pegawai Perikanan Daerah, Haris Lebai Yunus menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turun padang meninjau sendiri masalah tersebut.
Menurutnya, Pejabat Perikanan Temerloh bersedia menghimpunkan pengusaha ikan sangkar untuk berdialog dengan Perhilitan mengenai masalah yang dihadapi.
“Selain meninjau dan berjumpa sendiri dengan pengusaha, Perhilitan boleh menggunakan kaedah mereka sama ada menangkap haiwan itu atau sebaliknya,” ujarnya.
Haris berkata, Perhilitan sudah tentu mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah dihadapi penternak dan Pejabat Perikanan bersedia memberikan kerjasama dalam menjayakannya.

sumber dari UTUSAN MALAYSIA ~


haish harap2 ikan patin dapat diselamatkan hehe...kalau x,,pupus la masak tempoyak ikan hehe sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : resah :P

5 orang menjerit:

nohoho =) said...

best la memerang tu dapat ikan free
TEMURAMAH BERSAMA PENGASAS BLOG
PEMAIN VETERAN MAN UTD PAUL SCHOLES BERSARA

ketabahan hati wan ! said...

ikan curi haha :P

SyahmiFikri said...

kesian! heheee =)

Amy Syaquena said...

As'salam..

Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.

ketabahan hati wan ! said...

okayp ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...