Pages

teman-temanku ~

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan ~

insyaALLAH esok umat islam akan menyambut 1 ramadhan.
ramadhan, antara bulan yang mulia.
berebutlah kita utk mendapatkan pahala sebanyak mungkin.
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya, amin ~
salam ramadhan al-mubarak kepada rakan2 blogger dan pembaca blog ini.
selamat berpuasa dengan hati yg iklhas..;)
sekian, wassalam~




layan ~ ^^

terima kasih kerana membaca ^^

mood : puasa ~

Saturday, July 30, 2011

i wonder ~

i wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen ?

who taught the birds to build a nest,
and told the trees to take a rest ?

O, when the moon is not quite round,
where can the missing bit be found ?

who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about ?

who paints the rainbow in the sky,
and hangs the fluffy cloud so high ?

why is it now, do you suppose,
That dad won't tell me, if he knows ?

nice poems by : Jeannie Kirby ~

so look, the beautiful creation of god ~ so no wonder ;)

p/S : Grateful is everything ;)




thanks for reading ^^

mood : grateful ~

Friday, July 29, 2011

blurp, manisnye duriann iniii ~

setelah sekian lame mengidam nak makan durian, 
akhirnya dapat jugak..hehe
alhamdulillah rezeki itu pasti ade..;)
balik rumah memang heaven.
semua yg kite nak bley dapat alhamdulillah hehe..
semoga dimurahkan lagi rezeki, lebih-lebih lagi dibulan ramadhan yg bakal tiba~
insyaALLAH amin~
sekian, wassalam ~


peace (^^)v

p/S : gambar aku cilok kat google. x sempat nak amik tadi coz excited sangat..:P

terima kasih kerana membaca ^^

mood : panas durian..:P

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday #7


p/s : kasih sayang sgt diperlukan~
**insan titian kaseh ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : ww~

Monday, July 25, 2011

terima kasih , titian kaseh !

BIG. Bina Insan Guru. tarikh 24 julai dipilih untuk aku dan ahli kelas, menjalankan program BIG fasa 2/2011. BIG kali ini meminta kami untuk menjalankan program khidmat masyarakat. kelas aku dah sepakat untuk memilih rumah titian kaseh Titiwangsa untuk dijadikan tempat kami berBIG. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih titian kaseh ! semoga keikhlasan yg ada didalam hati kami semua diterima oleh-NYA amin~ okay jom kite tgk gambar. gambar dibawah menceritakan perjalanan kami hari ini di titian kaseh ~



menunggu bas dgn penuh kesabaran ~


etika naik bas kene dipatuhi ~


perut sendiri perlu di isi meyh ! ;)


kerjasama satu kepuasan ! ;)


taklimat ketua, perlu didengar ~


bergambar itu , subjektif ~


berat sama dipikul , ringan sama dijinjing ~


group mural , membuat perancangan kerja ~


gembira bilamana perancangan berjaya ~



mural dimulakan ~


penelitian itu SENI !


 memasak untuk mereka ~


muka penuh keikhlasan ~


kerjasama menghasilkan senyuman kepuasan ~


sepakat membawa berkat ~


mereka memerlukan kasih sayang ~


mereka penyayang ~


bergambar itu selingan ~


amanah menjaga mereka ~


mereka peneraju masa depan ~


sentiasa berdoa kepada-NYA semoga dimurahkan rezeki ~



hasilnya. kami puas !


wajah kepuasan ~


bersama mereka ~


gambar kenangan ~


di tasik titiwangsa ~



bergambar kenangan di tasik titiwangsa ~


terima kasih , TITIAN KASEH ;)

semoga masa2 akan datang, kami dapat berkhidmat kepada masyarakat, insyaALLAH, amin. semoga ALLAH S.W.T memurahkan rezeki kepada mereka dan kami semua, insyaALLAH amin. sekian, wassalam~

p/S : khidmat masyarakat bnyk mengajar aku erti kehidupan ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : tenang ~

Thursday, July 21, 2011

bicara seorang cikgu !

bila diam itu sepi, suara terpendam didasar. badan kaku menyepi. hanya monolog dalaman peneman hati. **wah bermadah pulak aq haha. bukan ape, saje nak starting entry dgn bicara2 sastera. x salah kan ? haha :P okay abaikan. bicara seorang cikgu ? mcm gempak je an tajuk dye haha. tapi bukan ape, hanya mahu berbicara sedikit.



sosial. membawa kepada bnyk maksud. bicara aq sebagai bakal guru ingin membawa maksud "sosial" ini ketengah yang mana boleh dikaitkan dalam bidang perguruan. setelah 2 tahun di IPG teknik, baru aq tahu yang seorang cikgu itu perlu mempunyai sosial yang tinggi. bukan bermaksud perlu berfoya-foya dan membuang masa ke tempat2 yang mendatangkan mudarat !


sosial yang tinggi bermaksud, perlu pandai bergaul dengan masyarakat. seorang guru perlu berani dalam berbicara dengan masyarakat. aq x nafikan bahawa, sebelum ini, kadar sosial aq sangat rendah. hanya bergaul dengan mereka yg sudah lama kenal. tapi sekarang, kadar sosial yg dahulunya kurang menjadi bertambah sedikit demi sedikit. 


pentingnya sosial dalam diri seorang bakal guru kerana dalam pembelajaran dan pengajaran harian, seseorang guru itu perlu pandai mendampingi seorang murid. kenal pasti masalah yang mereka hadapi dan cuba untuk menjadikan mereka yang terbaik. perkenalan dengan ibu bapa pelajar juga lagi mengeratkan silaturahim sekaligus kadar sosial akan menjadi tinggi dalam tidak sedar.


hal ini juga sekaligus menampakkan seseorang guru itu sangat mudah didampingi oleh masyarakat. tanggungjawab seorang guru bukan sahaja utk menyampaikan ilmu yang ada malah mendekati pelajar dan memahami mereka. sebagai seorang jurutera manusia, perlulah mahir dalam aspek ini. diam seribu bahasa bukanlah perkara terbaik utk menjadi guru. sekian, wassalam~

p/S : subjek-subjek EDU dalam bidang perguruan sangat makan dalam -_-" dh belajar baru faham tentang kanak2..;) **nak kongsi pendapat anda pon boleh ;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood : berbicara ~

Monday, July 18, 2011

peringatan ~

aq selalu mengeluh. badan letih, tak cukup masa, jadual pack sangat. tapi bila ada masa free, aq habiskan masa tu dgn tido. lepas bangun tido, mulelah otak blank, blur taktaw nak buat apa. tup2 dh malam, then masa berlalu mcm tu je. tak ke membazair ? haish ~


mak selalu pesan
"ALLAH bagi kite masa 24 jam sehari. so pandai-pandailah arrangekan masa tu"
so itu satu PERINGATAN utk aq dan rakan2 blogger semua.
sekian, wassalam~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : rehat petang ~

Saturday, July 16, 2011

salam nisfu sya'aban ~

Rasulullah bersabda: "barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan
 ini..maka api neraka haram baginya..sebarkan dan selamat beramal.."


salam nisfu syaaban kepada rakan blogger yg beragama islam ;)
sekian, wassalam~

p/S : nak bace kelebihan bulan syaaban ? klik SINI ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : tenang malam ~

lambakan filem seram ~

Malaysia kini sudah dipenuhi berbagai2 filem seram. kalau korang tak caye dengan ape yg aq cakap, korang bley kaji sendiri berapa bnyk filem seram yg dh dikeluarkan oleh pengarah filem tanah air. ada yang berjaya mengutip kutipan tinggi, ada yang biasa2 aje, ade pulak yang tak balik modal ? sebagai penonton wayang tegar, dan juga peminat genre filem "horror" x dinafikan yg mane, aq akan berasa excited bilamana ada filem baru bergenre ini akan ditayangkan di pawagam.


antara filem "horror" yg mendapat kutipan tertinggi

tak dinafikan, filem2 seram Malaysia sangt hebat apabila kite semua menonton trailernye. tapi apabila sudah menontonnya filem sebenar, kebanyakkannya agak menghampakan. hantu2 yang agak "cliche" dan keterlaluan kadang2 membuatkan penonton terpaksa memikirkan sesuatu situasi itu adakah logik atau tidak ? perasaan seram pada babak permulaan akhirnya hilang dipertengahan cerita kerana aksi yang keterlaluan. 


antara filem yg menjadi sambutan 2011

tapi, sebagai rakyat Malaysia, aq berasa kagum dan teruja dengan pengarah2 filem Malaysia yg kreatif dalam pembikinan filem2 seperti ini. tanpa kreativiti mereka, tidak mungkin filem2 seram di Malaysia akan mempunyai pengikut2 mereka seperti aq ! hehe. tahniah dan semoga pada masa akan datang, filem2 seram di Malaysia mendapat tempat di mata dunia insyaALLAH ~ amin ~ sekian, wassalam~

antara filem seram Malaysia yg mendapat tempat di mata aq :

khurafat,
seru,
mantera,
jangan pandang belakang,
Flat 3A (baru tgk hehe)

p/S : filem Al-hijjab mcm best je hehe..tak sabar nk tunggu keluar..;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood : santai ~

day 15 ~

 a picture of something you want to do before you die


berkeluarga ~


menunaikan haji di Makkah, insyaALLAH amin~

sekian, wassalam ~

nak juin ? klik SINI ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : lepak sabtu~

Friday, July 15, 2011

kami pencinta tumbuhan ^^

tanggal 14 julai 2011, kami pelajar jurusan reka bentuk dan teknologi (RBT) telah mengadakan lawatan ke Hari Floria yang bertempat di Presint 2 Putrajaya. **ayat karangan bm..haha :P okay abaikan ayat permulaan..okay kat sini aq nak story sket la yg tempat nie memang best ! kepada peminat flora, anda memang wajib dtg ke sana ! sebelom 17 julai. bermacam2 jenis bunga ada dijual dan dipamerkan. landskap2 pon cantik2 ;) kepada fotographer yg berminat pon bley dtg. masuk percuma ! hehe. so mari kita layan pic2 yang ade..~


kami gembira !


santek ~


antara landskap yg cantik ~


sweet && cute !


gembira ~


nice flower ~


nice roses ~


manisssnnnya ~


 band 4 !


sweetie ~


vampire diaries ? haha


nice !


pelamin impian ?


atas permintaan ~


aq ase cukupla kot gambar2 nie..malas dh nak upload hehe..korang nk tgk lagi ? singgah la kat FB aq ek..;) sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : seronok ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...