Pages

teman-temanku ~

Thursday, July 21, 2011

bicara seorang cikgu !

bila diam itu sepi, suara terpendam didasar. badan kaku menyepi. hanya monolog dalaman peneman hati. **wah bermadah pulak aq haha. bukan ape, saje nak starting entry dgn bicara2 sastera. x salah kan ? haha :P okay abaikan. bicara seorang cikgu ? mcm gempak je an tajuk dye haha. tapi bukan ape, hanya mahu berbicara sedikit.



sosial. membawa kepada bnyk maksud. bicara aq sebagai bakal guru ingin membawa maksud "sosial" ini ketengah yang mana boleh dikaitkan dalam bidang perguruan. setelah 2 tahun di IPG teknik, baru aq tahu yang seorang cikgu itu perlu mempunyai sosial yang tinggi. bukan bermaksud perlu berfoya-foya dan membuang masa ke tempat2 yang mendatangkan mudarat !


sosial yang tinggi bermaksud, perlu pandai bergaul dengan masyarakat. seorang guru perlu berani dalam berbicara dengan masyarakat. aq x nafikan bahawa, sebelum ini, kadar sosial aq sangat rendah. hanya bergaul dengan mereka yg sudah lama kenal. tapi sekarang, kadar sosial yg dahulunya kurang menjadi bertambah sedikit demi sedikit. 


pentingnya sosial dalam diri seorang bakal guru kerana dalam pembelajaran dan pengajaran harian, seseorang guru itu perlu pandai mendampingi seorang murid. kenal pasti masalah yang mereka hadapi dan cuba untuk menjadikan mereka yang terbaik. perkenalan dengan ibu bapa pelajar juga lagi mengeratkan silaturahim sekaligus kadar sosial akan menjadi tinggi dalam tidak sedar.


hal ini juga sekaligus menampakkan seseorang guru itu sangat mudah didampingi oleh masyarakat. tanggungjawab seorang guru bukan sahaja utk menyampaikan ilmu yang ada malah mendekati pelajar dan memahami mereka. sebagai seorang jurutera manusia, perlulah mahir dalam aspek ini. diam seribu bahasa bukanlah perkara terbaik utk menjadi guru. sekian, wassalam~

p/S : subjek-subjek EDU dalam bidang perguruan sangat makan dalam -_-" dh belajar baru faham tentang kanak2..;) **nak kongsi pendapat anda pon boleh ;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood : berbicara ~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...