terharu. hampir 3 tahun zaman persekolahan tamat. hanya mampu berhubung dengan kecanggihan teknologi. tapi cara lama tetap disanjung. terima kasih adah n azam. terharu dengan ingatan korang. aku rase serba salah coz jarang sms bertanya khabar. tup2 aku balik cuti raya cina, ada 2 surat. satunya dari adah. tie kelabu. nice & aku sangat sukakannya. boleh la aku guna untuk p kelas hari2 ;)
^^, tengs adah ~
2nd letter from kawan aku yang sekarang mungkin dah fly ke Australia. memang lame gile x contact dye. mcm dh lost contact sebenarnye. dalam surat yang aku dapat, xde langsung name penulis. tapi aku yakin dan sangat pasti tulisan itu azzam Hussain yang punya hehe. tulisan kau cantik bro. dari dulu lagi aku kagum dengan kekemasan dan keunikan tulisan kau ;) antara ayat dan kata2 semngat yang azam tulis kat aku..
#ingat, bukan sahaja ilmu duniawi yang harus dicurahkan, malah ilmu ukhrawi juga tersangatlah penting, bahkan harus dikehadapankan.
#keakraban kita bagaikan terjalin kemas.bak kata pepatah " terputus anyaman tikar, tidak akan putus semuanya"
#semoga keakraban kita ini kekal sehingga nyawa bercerai dari tubuh.
#dalam kita ghairah mengejar dan menyahut panggilan duniawi di kiri dan kanan, sampai kadang-kadang terkelabu mata mencari tujuan sebenar kehidupan, selalu tercicir matlamat kehidupan yang sebenar di liku-liku kealpaan. simpang-siur keseronokan, kadang-kadang bila tersembam tersadur biji rambutan baru kita teringat siapa diri dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.
#alam mahasiswa banyak cabaran. hanya yang tabah dan cekal akan berjaya.
nice bro ! ayat kau memang power. masa kau bagi tazkirah kat surau SEMESTA lagi aku kagum dengan ayat2 kau yang mengalahkan A.Samad Said ! haha.
papepon, kepada adah & azzam. tengs 4 da letter n present ! i'm very appreciate it ;) insyaALLAH kalau ade rezeki kite jumpe k ! sekian wassalam ~
**semoga perjalanan hidup sahabatku diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T. amin ~
terima kasih kerana membaca ^^
mood : imbau kenangan~