Pages

teman-temanku ~

Sunday, April 21, 2013

praktikum #3

minggu di observe. minggu ke-3. semuanya bermula dengan apa yang dirancang. perancangan yang rapi akan membuahkan hasil seperti yang diinginkan. kawalan kelas 4 Maju dapat dikawal dengan sebaik mungkin. lembaran kerja, penilaian, set induksi, semuanya mampu dijalankan dengan baik. Alhamdulillah. pensyarah komen, semuanya baik, tai penerangan kamu terlampau laju. hehe dah terbiasa. jadi untuk final observe, percakapan dan penerangan kepada murid haruslah mempunyai jeda. ok SYAZWAN !

ok berbalik kepada hari-hari dalam minggu ketiga, semuanya berjalan dengan baik bagi aku. cuma bilamana tibanya hari rabu, semuanya tak seindah yang diharapkan. 6 Maju. bagi aku kelas ni budaknya ok. cuma tahun 6 kan, so boleh dikategorikan dh matang la kan. tapi ada setengah muridnya hyper. teguran mesti dibuatlah kan oleh guru. ayat yang aku bagi memang bagi dorang makan dalam la kot hehe. nak dijadikan cerita, masa aku tgah mengajar kelas seterusnya, cikgu Jahini, masuk bengkel then panggil aku dia kate ada 5 orang budak menangis sebab rasa bersalah dengan aku. sudah ! -.-

aku dengan mood kembang kempis, mula rasa serba salah. dalam hati " aish budak2 zaman sekarang pelik2 betol perangai dorang !" dgn tenang aku cakap " cikgu tak marah pob dengan korang, cikgu cuma tegur je" then aku pujuk2 sikit, suruh dorg masuk kelas. fuh ! pelik kan ? aku rase perangai murid tahun 6 sekolah ni pelik sikit. boleh dikategorikan sebagai "gatal" dan "mengada" tapi aku okay je. janji dorang tak melebih-lebih. etika seorang guru aku kene ingat. batas guru dan murid pon kene jaga ! ingat ! ;)

letak ke tepi masalah murid-murid tahun 6. minggu ke tiga, ada perlawanan persahabatan antara guru dengan murid SK Olak Lempit dalam Bola Sepak. fuh pancit beb ! haha lame x main padang besar. tapi ok la guru-guru semua enjoy. game berkesudahan dengan guru tewas 6-3 dengan murid kahkah. tapi takpelah, cikgu saje je nak bagi murid rase seronok hehe. papepon minggu ketiga sangat enjoy ! ada yang pahit ada yang manis. minggu terakhir semakin menghampiri. perasaan bercampur baur. semoga minggu akhir baik-baik saja ! amin ~

**tamat jurnal minggu ketiga
*1 minggu lagi ~

p/s : excited + sedih mengharungi minggu akhir ~

#terima kasih kerana membaca ^^

mood : kembang kempis~

Tuesday, April 16, 2013

praktikum #2

minggu ke 2. semuanya berjalan dengan baik. datang sekolah, amik kehadiran, dan memulakan rutin harian. hari pertama untuk minggu kedua semuanya indah. berjalan seperti yang dirancang. mula merasa seronok menjadi seorang guru pelatih. tapi istilah penat tak pernah hilang. siapa kata jadi cikgu mudah ? bagi aku memang wajar guru pulang awal. tidak ikut waktu pejabat. seharian mendidik anak bangsa, penat tahu ?

ok abaikan rasa letih. kita fokus kepada mencari pengalaman. bagi aku minggu kedua tidak apa yang menarik untuk dikongsi. cumanya, aku nak bagi tahu yang api kemarahan aku sedikit meletus untuk minggu kedua haha. tercabar dengan kenakalan budak kelas hujung tahun 5, api kemarahan aku meletus. entah kenapa sebelum ini aku tak pernah dan tak pandai nak berleter panjang, tapi hari kejadian, aku macam expert bab2 bagi kaunseling. kalau kene observe waktu tu, markah untuk penerapan nilai memang FULL mark ! hehe

ok kita letak ketepi bab2 amarah semua. minggu kedua juga guru pembimbing aku Tn. Hj Zaian arahkan kitorg test power mengajar 6U. kelas paling hujung untuk tahun 6. murid dia semua lelaki. Tn. Hj, xde la suruh mengajar tapi dia suruh bagi "Talk" hehe. aku ngan member praktikum on jela. sebab memang free time tu kan hehe. tup2 Tn. Hj. masuk then duduk belakang kelas. boleh plak dia observe haha. tapi takpelah kitorang move on je hehe. dah habis kelas dia panggil, then bagi sekeping kertas. ada ulasan pengajaran. yang paling aku ingat dia tulis "tugasan spontan berjaya dijalankan dengan berjaya" alhamdulillah ;)

bagi aku minggu kedua not bad. banyak pengalaman dapat. tugasan spontan, ajar kawad, marah budak, bagi nasihat, jadi motivater hehe. "guru serba boleh kan" haha. minggu kedua pensyarah pembimbing belum datang. minggu ketiga baru janji nak observe kitorg. harapan semuanya berjalan lancar. && untuk pengetahuan koram2, aku kene observe kelas 5J untuk final. kelas paling hjung dan banyak kerenah. dem ! -.-'' tapi takpe, aku amik ini sebagai cabaran. semoga semuanya dipermudahkan amin ;)

**tamat jurnal minggu kedua
* 2 minggu lagi.

p/s : kisah diobserve menyusul untuk praktikum #3

#terima kasih kerana membaca ^^

mood : tabah~

Friday, April 5, 2013

praktikum #1

1April 2013. bermulalah tugas aku sebagai seorang guru pelatih yang perlu pergi ke sekolah. sekolah yang ditempatkan untuk menjalani rutin sebagai seorang guru pelatih. 4 minggu. nampak mcm sekejap. hakikatnya, selepas seminggu aku lalui, sedikit sukar. banyak cabaran untuk jadi seorang guru tahu ? tapi Alhamdulillah, masih mampu bernafas. permulaan minggu ini agak mencabar. SK Olak Lempit, Banting Selangor. menjadi sejarah untuk aku. sekolah pertama untuk aku mendidik anak bangsa. walaupun perit, ini perlu.

seminggu pertama dilihat berjalan lancar. guru-guru sekolah peramah. tidak lokek memberi tunjuk ajar. budak hingusan yang bakal mendidik generasi baru sentiasa mempunyai persoalan dikepala. itu, ini, bagaimana, mengapa, kenapa, dimana, semua soalan keluar untuk minggu pertama. Alhamdulillah, guru pembimbing tidak kenal erti jemu menjawab 1001 soalan yang keluar.

letih, penat, xde masa, itu adat. tak boleh nak mengeluh. seorang guru kena kental, tabah. kalau tak, mcm mane nak didik nak bangsa supaya turut kental dan tabah ? murid2 SK Olak Lempit. perkara ini selalu jadi igauan setiap guru baharu. murid2 generasi sekarang lain. lain dengan yang dahulu. kadang kala rasa hormat mereka kurang. tapi pelik, mereka takut dengan guru lama. mereka hyper dgn guru baru. 

dalam seminggu pertama, aku buat pemerhatian. aku tgk gaya pengajaran guru lama. aku amik pengalaman mereka. aku cuba gunapakai bilamana masuk ke kelas. percubaan pertama pada hari Rabu, 3 April, kurang berjaya. murid sedikit degil. tapi biasalah, itu pengalaman. kawalan kelas perlu lebih berjaya. harapan semoga esok,lusa, dan hari seterusnya sukses.

10 waktu. jadual untuk praktikum pertama. 8 waktu KH, 2 waktu Pj. tersentak ? oh ini perkara biasa. aku perlu pandai bahagikan masa untuk membuat rancangan pengajaran Harian. RPH. RPH merupakan perkara paling mencabar utk guru pelatih. kalau x lebih 4 muka surat, itu bukan RPH ! hehe. fasa baru, cabaran baru, pengalaman baru. semoga pada hari2 mendatang semuanya indah2 belaka. insyaALLAH ;)

**tamat jurnal minggu pertama.
*3 minggu lagi ~

#terima kasih kerana membaca ^^

mood : belajar dan belajar~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...