Pages

teman-temanku ~

Sunday, April 21, 2013

praktikum #3

minggu di observe. minggu ke-3. semuanya bermula dengan apa yang dirancang. perancangan yang rapi akan membuahkan hasil seperti yang diinginkan. kawalan kelas 4 Maju dapat dikawal dengan sebaik mungkin. lembaran kerja, penilaian, set induksi, semuanya mampu dijalankan dengan baik. Alhamdulillah. pensyarah komen, semuanya baik, tai penerangan kamu terlampau laju. hehe dah terbiasa. jadi untuk final observe, percakapan dan penerangan kepada murid haruslah mempunyai jeda. ok SYAZWAN !

ok berbalik kepada hari-hari dalam minggu ketiga, semuanya berjalan dengan baik bagi aku. cuma bilamana tibanya hari rabu, semuanya tak seindah yang diharapkan. 6 Maju. bagi aku kelas ni budaknya ok. cuma tahun 6 kan, so boleh dikategorikan dh matang la kan. tapi ada setengah muridnya hyper. teguran mesti dibuatlah kan oleh guru. ayat yang aku bagi memang bagi dorang makan dalam la kot hehe. nak dijadikan cerita, masa aku tgah mengajar kelas seterusnya, cikgu Jahini, masuk bengkel then panggil aku dia kate ada 5 orang budak menangis sebab rasa bersalah dengan aku. sudah ! -.-

aku dengan mood kembang kempis, mula rasa serba salah. dalam hati " aish budak2 zaman sekarang pelik2 betol perangai dorang !" dgn tenang aku cakap " cikgu tak marah pob dengan korang, cikgu cuma tegur je" then aku pujuk2 sikit, suruh dorg masuk kelas. fuh ! pelik kan ? aku rase perangai murid tahun 6 sekolah ni pelik sikit. boleh dikategorikan sebagai "gatal" dan "mengada" tapi aku okay je. janji dorang tak melebih-lebih. etika seorang guru aku kene ingat. batas guru dan murid pon kene jaga ! ingat ! ;)

letak ke tepi masalah murid-murid tahun 6. minggu ke tiga, ada perlawanan persahabatan antara guru dengan murid SK Olak Lempit dalam Bola Sepak. fuh pancit beb ! haha lame x main padang besar. tapi ok la guru-guru semua enjoy. game berkesudahan dengan guru tewas 6-3 dengan murid kahkah. tapi takpelah, cikgu saje je nak bagi murid rase seronok hehe. papepon minggu ketiga sangat enjoy ! ada yang pahit ada yang manis. minggu terakhir semakin menghampiri. perasaan bercampur baur. semoga minggu akhir baik-baik saja ! amin ~

**tamat jurnal minggu ketiga
*1 minggu lagi ~

p/s : excited + sedih mengharungi minggu akhir ~

#terima kasih kerana membaca ^^

mood : kembang kempis~

0 orang menjerit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...