Pages

teman-temanku ~

Sunday, November 27, 2011

new year ^^,


senja berlabuh. mungkin setiap hari senja akan serupa seperti hari sebelumnya. matahari terbenam dan terus terbenam menandakan hari sudah hampir ke penghujungnya. hari ini senja berbeza. melabuhkan tirainya dengan meninggalkan petanda bahawa 1 muharram 1433 sudah tiba. salam maal hijrah semua. semoga tahun baru kali ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya. && semoga tenang menempuh hari-hari ditahun baru insyaALLAH amin ~ ;)

**sentiasa senyum  dan akan terus tersenyum ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : letih ~

Wednesday, November 23, 2011

maaf ~

kepada tamtam dan wiwi, maaf kerana tak bagi tumpuan kat korang. adik aku ade. so korang dah dapat layanan dari dia sorang dh cukup mungkin ? hehe. mak n ayah pon layan korang dgn baik ape. siap bagi kangkung lagi. nanti kalau aku dh tak sibuk, aku layan la plak korang okay ? tc.


wiwi && tamtam.

yang ikhlas, tuanmu yg BAIK ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kerja ~

Tuesday, November 22, 2011

hari pertama awesome !

cuti semester bermula dengan part time job. isnin, 21/11/11. melangkah kaki pukul 3 petang ke stesen minyak. memang nerves hehe. padahal bukan ape pon. sampai je, semua mata tertumpu dekat aku yg berpakaian putih tuck-in. dlm hati dorang mesti kata " eh skema nye mamat niey". aku pon sedikit menggelabah dlm hati hehe. then jumpe kak pah n cik din owner stesen minyak petronas. dye suruh aku follow shahrul. pekerja yg sedikit berpengalaman. semua ajaran diikut dengan tangkas dan kemas walaupun ade sedikit kesilapan hehe.

masa berlalu pantas. sedar tak sedar, dah pukul 8 malam. pekerja naza petrol station dilihat sedikit menggelabah. semua sibuk nak amik tv kat dalam bilik bos nak letak kat luar coz mlm tersebut adalah penentu. tepat jam 8.30 mlm, sepak bola bermula. semua mata fokus kat tv yg tidak besar. sekali sekala mata memandang laci duit berdekatan dengan pam minyak. mana tahu ade peragut hehe. kalau ada kereta masuk nak pam minyak, semua mengharapkan kereta tersebut tidak berhenti di tempat pam penjagaan mereka hehe. teruk kan ? bola punye pasal. malas nak tinggalkan tv hehe.

jam 9.30, dengar suara org menjerit goooolllll ! kitorg pelik celah mane gol nye. padahal mata tak berganjak pon dari tv hehe. rupe-rupenye bos dtg. dye juin sekaki. kak pah bini bos tak nak kalah. duduk seat paling depan. tapi dye ade cakap yg x suke tgk  bola coz takut sakit jantung hihih. lawak kan ?. so kitorg semua layan bola sekali-sekala mata memandang kat pam minyak dengan laci yg kene jaga. sehingga tamat penalti. riuh rendah sorakan bergema kat tempat hari pertama aku bekerja. sebelah stesen menyak tu ade kedai makan, tapi jeritan dorang lambat coz tgk astro kot hihi. papepon hari pertama kerja memang AWESOME ! && tahniah pasukan harimau muda ! korang memang AWESOME ! ;)


sekadar gambar hiasan. gambar betul x sempat nak amik huhu. nantilah.


tahniah malaysia !

p/s : hari kedua kerja semoga sentiasa awesome ! ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

Sunday, November 20, 2011

ketika diparas punggung.

cuba tenung tajuk entry lama-lama. #pap2 tepuk pipi. mungkin akan faham apa itu tajuk yg agak pelik nie. bukan entry lucah. tapi ada maksud tersirat. kita hayati. kita dalami. banyak perkara yang boleh dirungkaikan disebalik tajuk "ketika diparas punggung" (KDP).


menggelabah, resah, x keruan. bilamana situasi ketika diparas punggung. tapi kite kene cool. tak payah nak menggelabah sangat.  baru paras punggung. belum paras hidung ! haha. tapi lainlah kalau ilmu didunia masih diparas punggung. yg tu kite kene menggelabah ! 


kalau korang tgk, aku banyak bagi maksud (KDP) nie lebih kepada maksud suasana yg nyaris-nyaris. sekarang aku nak bagi maksud ketika diparas punggung yang lain. kalau kita tgk zaman sekarang, ramai yg pakai seluar diparas punggung. kenapa ? adakah diorang pon dalam situasi nyaris-nyaris ataupun seluar memang kene pakai diparas punggung ? tepuk dada tanya iman.


maksud lain yg aku fikir rasional untuk kita bincangkan bagi maksud KDP ialah situasi air banjir yg telah mencecah diparas punggung. situasi nie selalunya berlaku musim-musim banjir yg selalunya akan berlaku penghujung tahun. jadi, ketika air diparas punggung, tak payah nak lebih-lebih menggelabah ! sape suruh korang tak pindah masa air dh paras lutut ? kalau time paras punggung baru nak pindah, tak ke gila namanya ? hehe ^^,


emm, kalau seluar londeh pon kita akan kategorikan situasi tersebut mcm ketika dipras punggung jugak kan ? hehe. so kalau situasi mcm ni, kita tak payah nak fikir panjang n lama-lama. tarik je terus seluar tu keatas. jgn dok ngade tayang kehebatan seluar londeh korang. burok sangat ! haha. 


gambar kat atas nie mungkin trend zaman sekarang. tapi agak keterlaluan la plak seluar di paras punggung beliau -_-". apa kata kalau keatas sikit seluar tu. tak ke cantik ? haish.

**aku rase setakat ni jelah entry untuk tajuk ketika diparas punggung. mungkin ada yg tertinggal. kalau korang nak tambah pon boleh. sekian, wassalam~

p/S : izzat hasim aku dah buat entry ketika dipras punggung. kau bila lagi ? haha 

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : holiday ~

Saturday, November 19, 2011

zoo negara.

zoo negara. seingat aku, banyak kali jugak la aku wat family outing kat zoo nie. paling last aku pegi zoo nie mase akhir thn form 5. bukan ape, zoo nie kawasan persinggahan family aku kalau dtg KL hehe. pelik kan ? tidak bagi aku hehe. mak akan masak dari rumah dan kami akan picnic di zoo sementara menanti emak sedara dtg. hilangkan keletihan ayah yg drive jauh2, so singgah dan santai sebentar di zoo negara. menarik kan ? hehe


selepas lame kenangan manis ade kat zoo negara dipendam, after exam, 17/11/11 aku dan kawan sekelas menggamit semula kenangan manis disana. public transport menjadi pilihan utama. tiket utk zoo negara sekarg dh naik sikit. satu kepala rm25. termasuk zoo serangga. kalau nak yg biasa, rm20. jom tgk gambar sepanjang aku kat zoo. layan !

























sayangilah flora dan fauna ^^,

p/S : ade mase aku upload lagii ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : holiday ~

Friday, November 18, 2011

jom klik like ! hehe ^^,


 comel kan zara hehe. anak sedara kawan aku, mimie chrome.

baby contest by annas easkey. memandangkan ade member aku yg juin, so aku berbesar hati utk promotekan si zara nie. mana tahu ade rezeki bley tgk zara dapat hadiah kan hehe. jom ramai2 klik LIKE ! hehe ;)
so kalau rase si zara nie layak menang, klik SINI dan undi k. TQ guys ;)

p/S : zara kalau menang, bg adiah sket iye hehe ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai ~

bahagia kita . bahagia mereka .


sehari di zoo banyak perkara baru dipelajari. dulu pergi zoo sekadar utk keseronokan bersama keluarga. sekarang umur menginjak dewasa, banyak perkara bermakna diperoleh. kita mungkin bahagia dengan cara kita. kebebasan. kemerdekaan yg dikecapi. melihat telatah binatang di sana. aku pasti itu kebahagia cara mereka. mungkin didalam sangkar mereka terasa disayangi. mungkin juga kalau dibebaskan, hanya tulang yg ditemui selepas sebulan  kemudian. cara kita, cara mereka ;)

**lagi cerita di zoo akan diupdate nanti ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : freedom~

Wednesday, November 16, 2011

end of semester ^^,

selamat tinggal semester 2. masih berbaki 6 semester. tahun yg sangat memenatkan. otak letih. tahun depan perlukan ruang untuk otak merehatkan dirinya. hampir tamat tanggungjawab yg diamanahkan selama setahun. sangat berat rasanya. tapi, berat itu pengalaman. semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini insyaALLAH, amin. bye2 tahun pertama degree ;)


(^^)v

p/S : selamat bercuti kawan2. gud luck result ! ;D

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : holiday ~

Tuesday, November 15, 2011

hehe ^^,


children are getting more genius hehe ;D

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : funny ~

Monday, November 14, 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

minggu exam belum habis. study non stop, bukan cara aku. jadi aku nak hilangkan stress dgn menulis hehe. bukak blog senior, abg eqbal zack. dye ada buat writing contest. nak juin? klik SINI . memandangkan lama x menulis, so ambil peluang nie untk luahkan apa yg terbuku. syarat2 ada tertera kat blog beliau. terpulangla nak tulis dlm bi or bm. so jom join ! tajuk contest berbunyi .

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

hubungan. sinonim dengan lumrah hidup manusia. manusia tidak boleh lari dengan status hubungan yg terjalin bilamana membabitkan semulajadi ataupun tidak. hubungan antara pensyarah dan pelajar. salahkah atau benarkah ? dari mata siapa yg mengatakan hubungan antara pelajar dan pensyarah dikatakan salah atau benar? segala andaian dan kemungkinan bermain didalam kotak pemikiran manusia untuk mereka memanipulasikan keadaan supaya menjadi lebih rumit.

mari kita rungkaikan satu persatu persoalan tersebut. hubungan antara pensyarah dan pelajar seringkali dikaitkan dengan sifat semulajadi. perkara ini tidak mustahil kerana pensyarah dan pelajar adalah saling melengkapi antara satu sama lain. tiada pensyarah, tiadalah pelajar. rutin seharian mereka akan diulang-ulang sehingga satu tahap, hubungan pensyarah dan pelajar umpama isi dengan kuku. sentiasa berenggang. setiap masalah yg timbul dlm sesi akademik pasti akan dirujuk oleh pensyarah.

pensyarah ialah pendidik. pendidik bukan sahaja hanya memberi tumpuan kepada instruksi iaitu cara mereka mengajar didalam kelas, malah, kecerdasan emosi dan sosial pelajar juga perlu dititikberatkan. tidak hairan jika kita lihat, pada satu saat yg mana pensyarah sangat mengambil berat akan pelajar mereka yg bermasalah. bukan bermaksud utk menjaga tepi kain orang tetapi pada hakikatnya, itulah tugas seorang yg bergelar pendidik. ramai yg mendefinisikan tugas seorang guru sgt simple dan mudah. pada realitinya, hanya jauhari yg mengenal manikam. maka tidak hairanlah jika sampai satu tahap, hubungan pensyarah dan pelajar seperti belangkas.

hari-hari seorang pensyarah atau pendidik tidak semuanya indah, pasti akan ada cabaran. jika kesenangan sentiasa hadir, mungkin tiada klimaks dalam hidup. bermaknakah jika plot hidup sekadar mendatar dan tunggu masa untuk terjunam? dalam dunia realiti, pasti ada mulut-mulut puaka yg membuat onar tentang hubungan yang terjalin antara pensyarah dan pelajar. melemparkan cerita negatif tanpa usul periksa atas dasar cemburu ? cukuplah manusia. berubahlah. jika ianya benar, mungkin itu adalah takdir. takdir ALLAH itu indah bukan ? tepuk dada tanya iman ! sekian ~

(300 patah perkataan sharp )

p/S: hanya luahan yg terbuku dari insan yg bernama syazwan sanosi~

**semoga abg eq faham ;)

contest nie aku tag kat cik butang ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : exam ~

Sunday, November 13, 2011

seperti kebiasaan **cliche

"buka nota, berkelip-kelip mata. berat je rasa mata. sesekali mata pandang katil. terbayang keindahan dan kenikmatan lepak atas katil sambil mengelamun. tak sampai lima minit, nota diketepikan, katil menjadi pilihan." 

mcm nilah kalau minggu exam. susah betul nak fokus. banyak betul dugaan. takde bezanya dulu dan sekarang. sama je. x penah nak ade feel study. melainkan terpengaruh dgn member2 yg study, barulah mood study dtg. takde maknenye kalau mood study tu nak dtg sendiri. kalau ade pon tyme malam yg keesokan harinya exam. last minit punye stady. itulah cara aku. dan mungkin jugak mereka ? haha :P

dua paper dh lepas. tinggal dua paper lagi. subjek major. sangat hebat penangan subjek major utk semester ni. 100 % nak kene bace then lekat dlm otak. KAJIAN KURIKULUM KHSR dengan TEKNOLOGI TANAMAN. takde gap pon antara dua paper nie. memang kami sangat hebat. SPM pon ade gap. so kene study smart la kan. harapan semoga semuanya berjalan dgn lancar insyaALLAH amin. paper MURID ALAM BELAJAR dgn PERGERAKAN ASAS dh selamat dijawab. cemerlang ke tidak, kene tengoklah nanti.

lepas habis paper last, 16/11, bermulanya cuti semester. kehidupan pelajar IPG x tumpah mcm pelajar sekolah. cuti sekolah, cutilah kami. so sebulan lebey cuti, kene ade perancangan yg bagus untuk dilalui. kalau tak, hari-hari aku mcm dunia tanpa pelangi. suram dan kebosanan. dh ade perancangan ? nak kerja ? atau bercuti bersama keluarga ? terserah kepada takdir. takdir ALLAH itu indah bukan ? semoga semester ini berlalu dengan baik. mood : menanti semester baru dengan sabar. 


hehe ^^, 

p/S: semoga mendapat result yg cemerlang kawan2 semua ;D

terima kasih kerana membaca ^^

mood : exam ~

Thursday, November 10, 2011

saya percaya yang takdir ALLAH itu indah ~

genap 20 tahun. alhamdulillah dengan rezeki ini. segala takdir sudah tertulis kepada setiap hambaNYA yang bergelar manusia. saya percaya yang takdir ALLAh itu indah <3. terima kasih kepada mak dan ayah yg banyak mengajar saya erti sebenar kehidupan. masih baru lagi dalam dunia ini. masih banyak lagi yg perlu dipelajari. selamat hai jadi syazwan. semoga tabah menghadapi dugaan yg bakal mendatang ;D


motif : **murid dan alam belajar first paper exam ~

hari jadi saya, final exam bermula. wish me luck ;D all da bez my frenz..;)

**tengs friends 4 da wish ;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood : exam ~

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday #14


bahagialah aku dengan kerja aku sekarang ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : final exam ~

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday #13


-_-" study lah sangat !

p/S : gud luck final kawan2 ;D

terima kasih kerana membaca ^^

mood : final ~

Tuesday, November 1, 2011

bachelor of education ~

hampir 2 tahun setengah belajar, rase mcm x percaya yg aku tengah bertungkus lumus untuk menggengam segulung ijazah dalam pendidikan. dicubit-cubit kulit sekadar ingin tahu bermimpikah aku ? haha. x pernah terlintas difikiran untuk menceburi bidang pendidikan sekaligus menjawat jawatan sebagai seorang guru kelak, insyaALLAH. sekarang 3 tahun lagi menanti dengan pelbagai liku dan cabaran yang menanti. sabar dan tabah. sekian, wassalam ~



(^^)v

p/s : semoga menggapai bintang ! ;D

terima kasih kerana membaca ^^

mood : final ~

bintang itu milikku ~

tajuk sebuah novel. sekali imbas, menarik minat untuk aku membaca. berkisarkan tentang kekeluargaan, percintaan dan liku2 perjalanan seorang insan yg cekal diatas muka bumi ini. diraut wajah yg tenang dan ketegasan yg dimiliki, terdapat satu kisah yg terpaksa diharungi atas dasar tanggungjawab.



entry kali nie bukan nak fokuskan pada novel yg aku baca. tapi hanya nak kongsi isi yg tersirat disebalik tajuk "bintang itu milikku". bagi aku, setiap masalah dan permasalahan yang berlaku pasti ada puncanya. mungkin senang hanya berkata dengan mulut mengenai punca. tapi itulah hakikat sebenar. siapa sangka pergaduhan antara adik beradik yang sering diperkatakan bahawa air yang dicincang tidak akan putus. tapi didunia realiti, pelbagai perkara yg berlaku antara adik beradik. tidak mustahil bukan ?


seringkali lalai dengan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh kita sehari-hari. mungkin kita leka ataupun alpa. keindahan dan kecanggihan dunia saban hari telah meletakkan tanggungjawab ketepi ? mungkin itu realitinya. bilamana berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku, berkait rapat pula dengan tanggunjawab yang dipegang, siapa salah siapa benar? jari yang dituding pasti akan tertacap kearah muka kita. maka berlakulah keresahan dihati sehingga setiap kerja yg dibuat tidak sesempurna dahulu.


mungkin dah tertulis didalam kamus kehidupan seharian mengenai perjalanan hidup setiap yg bergelar manusia. mungkin hari ini indah untuk mereka, tetapi esok siapa tahu ? kadangkala pernah juga terlintas dibenak pemikiran manusia mengenai kegembiraan yang diinginkan setiap saat dan waktu. wajarkah ? tanpa cabaran, hidup umpama nasi yang dimakan kosong tanpa lauk. kosong. tidak indah hidup tanpa cabaran.


bintang itu milikku. sangat indah bukan tajuknya ? bintang. planet yang menceriakan malam kita. tika mata renung kelangit yang gelap, terdapat bintang berkelipan. sejuk rasa hati dan kagum dengan keindahan ciptaan-NYA. bila dikaitkan dengan kehidupan seharian, bintang umpama bonus. tidak tahu bila mungkin bintang itu akan menjadi milik kita. apabila keistimewaan itu sudah nampak, maka terbuktilah bintang itu milik kita. kesabaran dan kekuatan iman yang kuat menjadi peneman setiap insang yang ingin menggapai bintang itu. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : MAB ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...