setiap manusia punyai rasa. rasa yang dicipta oleh-NYA. sungguh agung ciptaanNYA. rasa yang mampu meletakkan seseorang itu tinggi dek kerana darjat yang ada. mungkin itu fakta. tapi tidak mustahil dengan pelbagai rasa yang timbul akan mengubah segala darjat yang ada dengan sekelip mata ? darjat bukan penentu kebahagiaan. andai ada yang rasa darjat adalah penentu kebahagiaan, cuba kaji semula. kaji adakah rasa itu asli ? asli dan palsu banyak jurang perbezaannya.
pernah terbaca satu artikel. hati manusia cepat tersentuh. itu salah satu dari rasa yang wujud dalam setiap diri manusia. memang benar, setiap yang bergelar insan perlu menjaga setiap hati yang ada. tapi, jika hanya sebelah pihak yang menjaga hati, adilkah ? hidup mungkin tidak akan menjadi seindah yang diharapkan. cuba kaji dimana silapnya. tepuk dada tanya iman.
"berbahagia, tenteram, bergembira dan optimislah tanpa ada unsur-unsur kesedihan didalam hati". sepotong ayat yg aku petik dalam sebuah buku. rasa aku, ayat ini punyai maksud yang mendalam. rasa kadang-kala hadir tanpa dipinta. tetapi sesuatu situasi yang menjadikan rasa itu hadir dengan rela. seharusnya cuba kawal rasa yang hadir itu. tanpa kawalan, mustahil untuk kita nikmati keindahan dunia yang masih banyak perlu dirasa.
hanya rasa. rasa dari seorang yang berada masih jauh dibelakang. banyak yang perlu dipelajari. mungkin rasa itu dan ini belum cukup mematangkan manusia. tidak cukup dengan rasa yang kita rasai hari ini. esok masih belum tentu rasa seperti hari ini timbul. mungkin esok akan timbul rasa yang tidak diduga. siapa tahu ? sekian, wassalam~
p/S : bahasa terlampau tinggi hehe. tanya kalau tak faham :P
mood : rasa aku ~
2 orang menjerit:
fwah bahasee.. macam bace bku la tahzan dah rse . ;p
cait ! meen pulon ! haha. buku La Tahzan lagi best la bahase dye meen haha
Post a Comment