Pages

teman-temanku ~

Saturday, December 31, 2011

end of year ~

31 disember. hari ni, aku diuji dengan kehadiran selesema. sedari awal hari. usai solat subuh, kehadiran selesema menggangu gugat ketenteraman seorang hamba ALLAH. "cliche". ini bukan kali pertama. sehingga kini, lelehan air sentiasa laju menuruni dua buah "gua" kurniaaNYA. aku redha. kurenung lama-lama. mungkin ini ujian terakhir buat aku untuk tahun terakhir yang kini makin rancak disebut orang ramai. selepas ini, 2011 menjadi kenangan. 1001 kenangan manis mahupun pahit akan disemat didalam sanubari. terima kasih 2011. terima kasih YA ALLAH. perjalanan tahun 2011 yang dirancang oleh MU untuk aku, telah kutempuh dengan jaya. ujian-ujian yang kau beri telah kucuba lalui dengan hati redha dan terbuka. 2012. pembukaan lembaran baru untuk aku menguji kekuatan. segala pengalaman hidup selama 20 tahun akan aku bawa bersama untuk lalui tahun 2012. semoga tahun 2012 akan membawa lebih makna kepada aku. insyaALLAH, amin. sekian, wassalam~


tahun baru, bukak buku baru ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

Thursday, December 29, 2011

bukan cara aku.

paksa. situasi yg sering terjadi. merimaskan jika berlaku pada diri sendiri. melainkan, ada yang sangat suka dengan paksa. bagi aku, semua yang berkaitan dengan paksa ni, bukan cara aku. rimas. tak payah la nak paksa kalau tahu orang tu tak suka. buat hal sendiri la. cuba tengok langit tu dulu tinggi ke rendah barula boleh nak paksa-paksa orang. tapi, aku pelik jugakla kalau seseorang tu seronok dalam hidup dye terdapat paksaan. aku salute la dengan orang mcm tu. okay, sekian, wassalam ~


serabut la kalau kene paksa itu, paksa ini -_-"

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : pelik ~

Wednesday, December 28, 2011

sayangi binatang ~



sekarang makin banyak berita yang melibatkan penderaan terhadap binatang. sangat kejam. berbaik sesama makhluk itu perkara baik kan ? jadi, "love animals, stop animal abuse" ! sekian, wassalam~

p/S : bilala tamtam && wiwi nak bunting nie -_-"

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : stop animal abuse ~

Monday, December 26, 2011

gile online ?


jangan ketagih online tahu ? haha ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai pagi ~

Saturday, December 24, 2011

berhenti kerja.

part time job dah habis. meluangkan masa yang tinggal dirumah. hujan pulak turun x berhenti. so, kene jadi anak dara je terperap kat rumah. sesekali terdengar katak panggil hujan. oh alangkah indahnya kalau katak boleh panggil salji. **berangan. jadi tinggal lebih kurang seminggu cuti sem. result exam sem lepas ? indah khabar dari rupa. bosan dah dengan sikap "cliche". tarikh yg ditetapkan untuk semak keputusan x seperti yg diharapkan. mungkin balik maktab baru boleh semak. kepala pon dah jadi semak. tak patut menggangu gugat ketenteraman orang lain tahu ? kalau dah konfem boleh semak, barulah warwarkan tarikh boleh semak ! ni tak. harapan palsu. **emosi sedikit :P papepon, nak rehat secukupnya selepas sebulan 3 hari kerja. semoga tahun baru akan datang lebih baik dari tahun ini. sekian, wassalam ~


eh samelah mcm notis berhenti kerja yg aku hantar kat bos :P

terima kasih kerana membaca ^^

mood : berehat ~

Sunday, December 18, 2011

bukan semudah itu ~

hampir sebulan aku menjalankan tanggungjawab sebagai pengepam minyak di stesen petronas. 8 jam sehari. kadang" masuk pagi sampai petang. kadang" masuk petang habis malam. adatlah part time job. tapi bukan semudah yg dikhabarkan. badan rasa sangat letih. dalam hati ade jugak terdetik, baik jadi cikgulah. masuk pagi habis petang pon, tak yah pening-pening nak layan kerenah customer, nak syot duit, nak pening2 kire duit. even kanak-kanak pon susah nak jage, tapi hati lagi rela layan bebudak sekolah dari orang dewasa. **ok merungut hehe. tapi pengalaman yg aku dapat nie, aku simpan sampai bila2. sebelum ni pernah part time job dekat caltex as a cashier. tapi after spm otak tak fikir ape2 lagi hehe. so tinggal 5 hari lagi. kulit pon dah makin gelap. mak aku asal aku balik je mesti dye cakap " asal muke kau jadi hangus ? ". memang mule2 aku tak perasan. tapi makin lame baru perasan. mungkin bahang minyak yg membuatkan aku hangus ? abaikan. disaat ini, semoga dipermudahkan segalanya. sekian, wassalam~


**menanti result exam sem lepas dengan penuh sabar. semoga baik2 aje ;D semoga 20 hb indah2 belaka ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : letih ~

Wednesday, December 14, 2011

rasa aku.

rasa itu. rasa ini. rasa pelbagai yg mampu mencetus satu fenomena. bila banyak rasa yg timbul, mulalah tangan rasa gatal nak menaip. menaip sesukahati. setiap apa yg terlintas difikiran, ditaip tanpa ada rasa untuk dibackspace. seronok menaip laju. selaju rasa yg terlintas difikiran. kadang kala, berhenti seketika. terfikir andai rasa yg dirasai, mempunyai akibat bilamana terus dirasa tanpa ditapis oleh akal yg positif.


setiap manusia punyai rasa. rasa yang dicipta oleh-NYA. sungguh agung ciptaanNYA. rasa yang mampu meletakkan seseorang itu tinggi dek kerana darjat yang ada. mungkin itu fakta. tapi tidak mustahil dengan pelbagai rasa yang timbul akan mengubah segala darjat yang ada dengan sekelip mata ?  darjat bukan penentu kebahagiaan. andai ada yang rasa darjat adalah penentu kebahagiaan, cuba kaji semula. kaji adakah rasa itu asli ? asli dan palsu banyak jurang perbezaannya.


pernah terbaca satu artikel. hati manusia cepat tersentuh. itu salah satu dari rasa yang wujud dalam setiap diri manusia. memang benar, setiap yang bergelar insan perlu menjaga setiap hati yang ada. tapi, jika hanya sebelah pihak yang menjaga hati, adilkah ? hidup mungkin tidak akan menjadi seindah yang diharapkan. cuba kaji dimana silapnya. tepuk dada tanya iman.


"berbahagia, tenteram, bergembira dan optimislah tanpa ada unsur-unsur kesedihan didalam hati". sepotong ayat yg aku petik dalam sebuah buku. rasa aku, ayat ini punyai maksud yang mendalam. rasa kadang-kala hadir tanpa dipinta. tetapi sesuatu situasi yang menjadikan rasa itu hadir dengan rela. seharusnya cuba kawal rasa yang hadir itu. tanpa kawalan, mustahil untuk kita nikmati keindahan dunia yang masih banyak perlu dirasa.


hanya rasa. rasa dari seorang yang berada masih jauh dibelakang. banyak yang perlu dipelajari. mungkin rasa itu dan ini belum cukup mematangkan manusia. tidak cukup dengan rasa yang kita rasai hari ini. esok masih belum tentu rasa seperti hari ini timbul. mungkin esok akan timbul rasa yang tidak diduga. siapa tahu ? sekian, wassalam~

p/S : bahasa terlampau tinggi hehe. tanya kalau tak faham :P

mood : rasa aku ~

Saturday, December 10, 2011

bodoh sombong !


banyak orang banyak ragam. dalam tempoh hampir 3 minggu aku kerja, orang yg bodoh sombong la yg membuatkan hari aku pudar. hari ni paling ramai orang yg spesis mcm ni datang. memang la customer always right. tapi, apa guna belajar adab sopan kan ? cubalah berpijak dibumi yg nyata. pandang diri tu dalam-dalam. dah berjaya ke kau kat atas muka bumi ni kalau nak bongkak ? orang mcm nie kita panggil bodoh sombong je bley ? ok sekian, wassalam~

p/S : sori sedikit emosi.

mood : letih ~

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #15


hehe ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : ww~

Monday, December 5, 2011

sepotong nasihat


sekadar hiasan ~

"jangan berdukacita, ingatlah bahawa dengan membaca anda boleh meningkatkan potensi dan kemampuan anda"

"jangan berdukacita, perhatilah keajaiban-keajaiban ciptaan ALLAH di alam semesta"

sepotong nasihat untuk dikongsi. banyak lagi yg perlu dipelajari. buku La Tahzan pon masih banyak yg perlu dibaca. memerlukan sedikit masa utk menghabiskannya. sekadar mahu berkongsi. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : maghrib~

Thursday, December 1, 2011

disember datang lagi.

seperti biasa. bulan disetiap penghujung tahun datang dan pergi. disember. bulan yg mungkin dinanti-nanti oleh kebanyakan orang dan mungkin juga kurang digemar oleh sesetengah pihak. bagi aku, bulan disember kali ini datang seperti biasa. cuma pertambahan usia. hari berlalu. adakah perkara bermakna kita buat? tahun baru hijrah sudah beberapa hari berlalu. seeloknya hargai setiap hari kita. agar ada perkara bermakna yg dilakukan setiap hari. wahai disember, semoga banyak perkara bermakna dapat aku lakukan. insyaALLAH. sekian, wassalam.


esok masih panjang ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kerja ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...