Pages

teman-temanku ~

Saturday, December 31, 2011

end of year ~

31 disember. hari ni, aku diuji dengan kehadiran selesema. sedari awal hari. usai solat subuh, kehadiran selesema menggangu gugat ketenteraman seorang hamba ALLAH. "cliche". ini bukan kali pertama. sehingga kini, lelehan air sentiasa laju menuruni dua buah "gua" kurniaaNYA. aku redha. kurenung lama-lama. mungkin ini ujian terakhir buat aku untuk tahun terakhir yang kini makin rancak disebut orang ramai. selepas ini, 2011 menjadi kenangan. 1001 kenangan manis mahupun pahit akan disemat didalam sanubari. terima kasih 2011. terima kasih YA ALLAH. perjalanan tahun 2011 yang dirancang oleh MU untuk aku, telah kutempuh dengan jaya. ujian-ujian yang kau beri telah kucuba lalui dengan hati redha dan terbuka. 2012. pembukaan lembaran baru untuk aku menguji kekuatan. segala pengalaman hidup selama 20 tahun akan aku bawa bersama untuk lalui tahun 2012. semoga tahun 2012 akan membawa lebih makna kepada aku. insyaALLAH, amin. sekian, wassalam~


tahun baru, bukak buku baru ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

Thursday, December 29, 2011

bukan cara aku.

paksa. situasi yg sering terjadi. merimaskan jika berlaku pada diri sendiri. melainkan, ada yang sangat suka dengan paksa. bagi aku, semua yang berkaitan dengan paksa ni, bukan cara aku. rimas. tak payah la nak paksa kalau tahu orang tu tak suka. buat hal sendiri la. cuba tengok langit tu dulu tinggi ke rendah barula boleh nak paksa-paksa orang. tapi, aku pelik jugakla kalau seseorang tu seronok dalam hidup dye terdapat paksaan. aku salute la dengan orang mcm tu. okay, sekian, wassalam ~


serabut la kalau kene paksa itu, paksa ini -_-"

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : pelik ~

Wednesday, December 28, 2011

sayangi binatang ~



sekarang makin banyak berita yang melibatkan penderaan terhadap binatang. sangat kejam. berbaik sesama makhluk itu perkara baik kan ? jadi, "love animals, stop animal abuse" ! sekian, wassalam~

p/S : bilala tamtam && wiwi nak bunting nie -_-"

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : stop animal abuse ~

Monday, December 26, 2011

gile online ?


jangan ketagih online tahu ? haha ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai pagi ~

Saturday, December 24, 2011

berhenti kerja.

part time job dah habis. meluangkan masa yang tinggal dirumah. hujan pulak turun x berhenti. so, kene jadi anak dara je terperap kat rumah. sesekali terdengar katak panggil hujan. oh alangkah indahnya kalau katak boleh panggil salji. **berangan. jadi tinggal lebih kurang seminggu cuti sem. result exam sem lepas ? indah khabar dari rupa. bosan dah dengan sikap "cliche". tarikh yg ditetapkan untuk semak keputusan x seperti yg diharapkan. mungkin balik maktab baru boleh semak. kepala pon dah jadi semak. tak patut menggangu gugat ketenteraman orang lain tahu ? kalau dah konfem boleh semak, barulah warwarkan tarikh boleh semak ! ni tak. harapan palsu. **emosi sedikit :P papepon, nak rehat secukupnya selepas sebulan 3 hari kerja. semoga tahun baru akan datang lebih baik dari tahun ini. sekian, wassalam ~


eh samelah mcm notis berhenti kerja yg aku hantar kat bos :P

terima kasih kerana membaca ^^

mood : berehat ~

Sunday, December 18, 2011

bukan semudah itu ~

hampir sebulan aku menjalankan tanggungjawab sebagai pengepam minyak di stesen petronas. 8 jam sehari. kadang" masuk pagi sampai petang. kadang" masuk petang habis malam. adatlah part time job. tapi bukan semudah yg dikhabarkan. badan rasa sangat letih. dalam hati ade jugak terdetik, baik jadi cikgulah. masuk pagi habis petang pon, tak yah pening-pening nak layan kerenah customer, nak syot duit, nak pening2 kire duit. even kanak-kanak pon susah nak jage, tapi hati lagi rela layan bebudak sekolah dari orang dewasa. **ok merungut hehe. tapi pengalaman yg aku dapat nie, aku simpan sampai bila2. sebelum ni pernah part time job dekat caltex as a cashier. tapi after spm otak tak fikir ape2 lagi hehe. so tinggal 5 hari lagi. kulit pon dah makin gelap. mak aku asal aku balik je mesti dye cakap " asal muke kau jadi hangus ? ". memang mule2 aku tak perasan. tapi makin lame baru perasan. mungkin bahang minyak yg membuatkan aku hangus ? abaikan. disaat ini, semoga dipermudahkan segalanya. sekian, wassalam~


**menanti result exam sem lepas dengan penuh sabar. semoga baik2 aje ;D semoga 20 hb indah2 belaka ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : letih ~

Wednesday, December 14, 2011

rasa aku.

rasa itu. rasa ini. rasa pelbagai yg mampu mencetus satu fenomena. bila banyak rasa yg timbul, mulalah tangan rasa gatal nak menaip. menaip sesukahati. setiap apa yg terlintas difikiran, ditaip tanpa ada rasa untuk dibackspace. seronok menaip laju. selaju rasa yg terlintas difikiran. kadang kala, berhenti seketika. terfikir andai rasa yg dirasai, mempunyai akibat bilamana terus dirasa tanpa ditapis oleh akal yg positif.


setiap manusia punyai rasa. rasa yang dicipta oleh-NYA. sungguh agung ciptaanNYA. rasa yang mampu meletakkan seseorang itu tinggi dek kerana darjat yang ada. mungkin itu fakta. tapi tidak mustahil dengan pelbagai rasa yang timbul akan mengubah segala darjat yang ada dengan sekelip mata ?  darjat bukan penentu kebahagiaan. andai ada yang rasa darjat adalah penentu kebahagiaan, cuba kaji semula. kaji adakah rasa itu asli ? asli dan palsu banyak jurang perbezaannya.


pernah terbaca satu artikel. hati manusia cepat tersentuh. itu salah satu dari rasa yang wujud dalam setiap diri manusia. memang benar, setiap yang bergelar insan perlu menjaga setiap hati yang ada. tapi, jika hanya sebelah pihak yang menjaga hati, adilkah ? hidup mungkin tidak akan menjadi seindah yang diharapkan. cuba kaji dimana silapnya. tepuk dada tanya iman.


"berbahagia, tenteram, bergembira dan optimislah tanpa ada unsur-unsur kesedihan didalam hati". sepotong ayat yg aku petik dalam sebuah buku. rasa aku, ayat ini punyai maksud yang mendalam. rasa kadang-kala hadir tanpa dipinta. tetapi sesuatu situasi yang menjadikan rasa itu hadir dengan rela. seharusnya cuba kawal rasa yang hadir itu. tanpa kawalan, mustahil untuk kita nikmati keindahan dunia yang masih banyak perlu dirasa.


hanya rasa. rasa dari seorang yang berada masih jauh dibelakang. banyak yang perlu dipelajari. mungkin rasa itu dan ini belum cukup mematangkan manusia. tidak cukup dengan rasa yang kita rasai hari ini. esok masih belum tentu rasa seperti hari ini timbul. mungkin esok akan timbul rasa yang tidak diduga. siapa tahu ? sekian, wassalam~

p/S : bahasa terlampau tinggi hehe. tanya kalau tak faham :P

mood : rasa aku ~

Saturday, December 10, 2011

bodoh sombong !


banyak orang banyak ragam. dalam tempoh hampir 3 minggu aku kerja, orang yg bodoh sombong la yg membuatkan hari aku pudar. hari ni paling ramai orang yg spesis mcm ni datang. memang la customer always right. tapi, apa guna belajar adab sopan kan ? cubalah berpijak dibumi yg nyata. pandang diri tu dalam-dalam. dah berjaya ke kau kat atas muka bumi ni kalau nak bongkak ? orang mcm nie kita panggil bodoh sombong je bley ? ok sekian, wassalam~

p/S : sori sedikit emosi.

mood : letih ~

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #15


hehe ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : ww~

Monday, December 5, 2011

sepotong nasihat


sekadar hiasan ~

"jangan berdukacita, ingatlah bahawa dengan membaca anda boleh meningkatkan potensi dan kemampuan anda"

"jangan berdukacita, perhatilah keajaiban-keajaiban ciptaan ALLAH di alam semesta"

sepotong nasihat untuk dikongsi. banyak lagi yg perlu dipelajari. buku La Tahzan pon masih banyak yg perlu dibaca. memerlukan sedikit masa utk menghabiskannya. sekadar mahu berkongsi. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : maghrib~

Thursday, December 1, 2011

disember datang lagi.

seperti biasa. bulan disetiap penghujung tahun datang dan pergi. disember. bulan yg mungkin dinanti-nanti oleh kebanyakan orang dan mungkin juga kurang digemar oleh sesetengah pihak. bagi aku, bulan disember kali ini datang seperti biasa. cuma pertambahan usia. hari berlalu. adakah perkara bermakna kita buat? tahun baru hijrah sudah beberapa hari berlalu. seeloknya hargai setiap hari kita. agar ada perkara bermakna yg dilakukan setiap hari. wahai disember, semoga banyak perkara bermakna dapat aku lakukan. insyaALLAH. sekian, wassalam.


esok masih panjang ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kerja ~

Sunday, November 27, 2011

new year ^^,


senja berlabuh. mungkin setiap hari senja akan serupa seperti hari sebelumnya. matahari terbenam dan terus terbenam menandakan hari sudah hampir ke penghujungnya. hari ini senja berbeza. melabuhkan tirainya dengan meninggalkan petanda bahawa 1 muharram 1433 sudah tiba. salam maal hijrah semua. semoga tahun baru kali ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya. && semoga tenang menempuh hari-hari ditahun baru insyaALLAH amin ~ ;)

**sentiasa senyum  dan akan terus tersenyum ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : letih ~

Wednesday, November 23, 2011

maaf ~

kepada tamtam dan wiwi, maaf kerana tak bagi tumpuan kat korang. adik aku ade. so korang dah dapat layanan dari dia sorang dh cukup mungkin ? hehe. mak n ayah pon layan korang dgn baik ape. siap bagi kangkung lagi. nanti kalau aku dh tak sibuk, aku layan la plak korang okay ? tc.


wiwi && tamtam.

yang ikhlas, tuanmu yg BAIK ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kerja ~

Tuesday, November 22, 2011

hari pertama awesome !

cuti semester bermula dengan part time job. isnin, 21/11/11. melangkah kaki pukul 3 petang ke stesen minyak. memang nerves hehe. padahal bukan ape pon. sampai je, semua mata tertumpu dekat aku yg berpakaian putih tuck-in. dlm hati dorang mesti kata " eh skema nye mamat niey". aku pon sedikit menggelabah dlm hati hehe. then jumpe kak pah n cik din owner stesen minyak petronas. dye suruh aku follow shahrul. pekerja yg sedikit berpengalaman. semua ajaran diikut dengan tangkas dan kemas walaupun ade sedikit kesilapan hehe.

masa berlalu pantas. sedar tak sedar, dah pukul 8 malam. pekerja naza petrol station dilihat sedikit menggelabah. semua sibuk nak amik tv kat dalam bilik bos nak letak kat luar coz mlm tersebut adalah penentu. tepat jam 8.30 mlm, sepak bola bermula. semua mata fokus kat tv yg tidak besar. sekali sekala mata memandang laci duit berdekatan dengan pam minyak. mana tahu ade peragut hehe. kalau ada kereta masuk nak pam minyak, semua mengharapkan kereta tersebut tidak berhenti di tempat pam penjagaan mereka hehe. teruk kan ? bola punye pasal. malas nak tinggalkan tv hehe.

jam 9.30, dengar suara org menjerit goooolllll ! kitorg pelik celah mane gol nye. padahal mata tak berganjak pon dari tv hehe. rupe-rupenye bos dtg. dye juin sekaki. kak pah bini bos tak nak kalah. duduk seat paling depan. tapi dye ade cakap yg x suke tgk  bola coz takut sakit jantung hihih. lawak kan ?. so kitorg semua layan bola sekali-sekala mata memandang kat pam minyak dengan laci yg kene jaga. sehingga tamat penalti. riuh rendah sorakan bergema kat tempat hari pertama aku bekerja. sebelah stesen menyak tu ade kedai makan, tapi jeritan dorang lambat coz tgk astro kot hihi. papepon hari pertama kerja memang AWESOME ! && tahniah pasukan harimau muda ! korang memang AWESOME ! ;)


sekadar gambar hiasan. gambar betul x sempat nak amik huhu. nantilah.


tahniah malaysia !

p/s : hari kedua kerja semoga sentiasa awesome ! ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

Sunday, November 20, 2011

ketika diparas punggung.

cuba tenung tajuk entry lama-lama. #pap2 tepuk pipi. mungkin akan faham apa itu tajuk yg agak pelik nie. bukan entry lucah. tapi ada maksud tersirat. kita hayati. kita dalami. banyak perkara yang boleh dirungkaikan disebalik tajuk "ketika diparas punggung" (KDP).


menggelabah, resah, x keruan. bilamana situasi ketika diparas punggung. tapi kite kene cool. tak payah nak menggelabah sangat.  baru paras punggung. belum paras hidung ! haha. tapi lainlah kalau ilmu didunia masih diparas punggung. yg tu kite kene menggelabah ! 


kalau korang tgk, aku banyak bagi maksud (KDP) nie lebih kepada maksud suasana yg nyaris-nyaris. sekarang aku nak bagi maksud ketika diparas punggung yang lain. kalau kita tgk zaman sekarang, ramai yg pakai seluar diparas punggung. kenapa ? adakah diorang pon dalam situasi nyaris-nyaris ataupun seluar memang kene pakai diparas punggung ? tepuk dada tanya iman.


maksud lain yg aku fikir rasional untuk kita bincangkan bagi maksud KDP ialah situasi air banjir yg telah mencecah diparas punggung. situasi nie selalunya berlaku musim-musim banjir yg selalunya akan berlaku penghujung tahun. jadi, ketika air diparas punggung, tak payah nak lebih-lebih menggelabah ! sape suruh korang tak pindah masa air dh paras lutut ? kalau time paras punggung baru nak pindah, tak ke gila namanya ? hehe ^^,


emm, kalau seluar londeh pon kita akan kategorikan situasi tersebut mcm ketika dipras punggung jugak kan ? hehe. so kalau situasi mcm ni, kita tak payah nak fikir panjang n lama-lama. tarik je terus seluar tu keatas. jgn dok ngade tayang kehebatan seluar londeh korang. burok sangat ! haha. 


gambar kat atas nie mungkin trend zaman sekarang. tapi agak keterlaluan la plak seluar di paras punggung beliau -_-". apa kata kalau keatas sikit seluar tu. tak ke cantik ? haish.

**aku rase setakat ni jelah entry untuk tajuk ketika diparas punggung. mungkin ada yg tertinggal. kalau korang nak tambah pon boleh. sekian, wassalam~

p/S : izzat hasim aku dah buat entry ketika dipras punggung. kau bila lagi ? haha 

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : holiday ~

Saturday, November 19, 2011

zoo negara.

zoo negara. seingat aku, banyak kali jugak la aku wat family outing kat zoo nie. paling last aku pegi zoo nie mase akhir thn form 5. bukan ape, zoo nie kawasan persinggahan family aku kalau dtg KL hehe. pelik kan ? tidak bagi aku hehe. mak akan masak dari rumah dan kami akan picnic di zoo sementara menanti emak sedara dtg. hilangkan keletihan ayah yg drive jauh2, so singgah dan santai sebentar di zoo negara. menarik kan ? hehe


selepas lame kenangan manis ade kat zoo negara dipendam, after exam, 17/11/11 aku dan kawan sekelas menggamit semula kenangan manis disana. public transport menjadi pilihan utama. tiket utk zoo negara sekarg dh naik sikit. satu kepala rm25. termasuk zoo serangga. kalau nak yg biasa, rm20. jom tgk gambar sepanjang aku kat zoo. layan !

























sayangilah flora dan fauna ^^,

p/S : ade mase aku upload lagii ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : holiday ~

Friday, November 18, 2011

jom klik like ! hehe ^^,


 comel kan zara hehe. anak sedara kawan aku, mimie chrome.

baby contest by annas easkey. memandangkan ade member aku yg juin, so aku berbesar hati utk promotekan si zara nie. mana tahu ade rezeki bley tgk zara dapat hadiah kan hehe. jom ramai2 klik LIKE ! hehe ;)
so kalau rase si zara nie layak menang, klik SINI dan undi k. TQ guys ;)

p/S : zara kalau menang, bg adiah sket iye hehe ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...