Pages

teman-temanku ~

Thursday, December 27, 2012

Alhamdulillah ^^

berita gembira. result exam semester lepas dah keluar. alhamdulillah diberikan limpah dan kurniaNYA untuk merasai kemenangan ;D pointer xdelah sehebat member2 yg sememangnya dah hebat. tapi alhamdulillah la meningkat. jadi, berbaki 2 tahun lagi untuk meneruskan pengajian dan membawa pulang segulung ijazah kepada mak n ayah insyaALLAH ;)


impian setiap insan yg bergelar mahasiswa/mahasiswi

tahniah kepada geng study group, zubier, aween, yana, elmey n nisa. 
x lupe kepada kawan sekelas dan semua pelajar IPG Kampus pendidikan Teknik.
u deserve it ! guys ;D

sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : sem baru azam baru "cliche"

Wednesday, October 24, 2012

study week !

raya haji is just around the corner. exam pon just around the corner. tertekan. mood study ada la sikit, tapi bila baca punye bace, sikit je yg masuk. susah betul nak faham. paper RBT 3107 n EDU 3107 sangat la pressure. teknologi elektrik n elektronik almost a killer paper -.- teknologi dalam P&P pon mcm ape je. bace banyak2, masuk sikit2. haish. lepas raye haji, 29 hb terus exam. chaiyok syazwan ! kau boleh ! buat yang terbaik...


study hard n smart !

gud luck 4 PISMP ambilan januari 2011 !

terima kasih kerana membaca ^^

mood : #tertekan 

Thursday, August 16, 2012

bila aku rasa sesuatu.

ketenangan yang diharap,
ianya hadir dengan persoalan,
persoalan yg pelbagai mengetuk minda,
tapi cuba elak untuk menghadiahkan jawapan kepada persoalan,
kutenung dalam-dalam,
masih jauh sebuah harapan,
harapan yang sememangnya kuharapkan akan menjadi sesuatu,
sesuatu yang mungkin akan mewarnai sebuah kehidupan ?
itu pasti.
namun kini,
persoalan yang timbul aku cuba simpan disatu sudut,
aku kepam sampai lebam.
bukan apa,
hanya inginkan ketenangan.
mungkin bila dah bersedia,
aku cuba buka semula bungkusan itu,
aku kumpul kekuatan,
aku bangkit dari ketenagan yang bercampur baur,
dan aku cuba kembalikan ketenangan yang aku inginkan.
mungkin pada masa itu, aku akan puas.
puas dengan cabaran dunia.
tapi , ingat.
itu bukan pengakhiran.
masih banyak.
banyak yg perlu diterokai ! insyaALLAH ~


ketenangan dlm kekuatan~

#hari raya semakin hampir ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai ~

Sunday, July 8, 2012

rindukan semesta.

sejak akhir-akhir ni, tiba-tiba je aku rase mcm agak down. muke hepi tapi dlm hati rase mcm,,,emm mcm,,emm macam-macam ! entahla. lagi satu, dalam seminggu dua ni, aku asik termimpikan dan teringatkan semesta(sekolah aku dulu) semua kenangan dulu dapat aku ingat satu-satu. sampai terbawak dalam mimpi hihi. 16 mei 2012 hari tu aku ade tepon ustaz wan. wish hari guru & tanye pasal perkembangan semesta. tahniah kat ustaz sebab dah makin tinggi pangkat. syabas ustaz ! ;D tapi ustaz cakap, ramai guru baru. dye kata " syazwan, cepatla habiskan dua tahun belaja, lepastu dtg mengajar kat semesta." hewhew. saya mengajar sekolah rendah jela ustaz. mungkin xnak mengajar sekolah menengah yg mencabar tu hehe. kalau ade rezeki, insyaALLAH. saya cuba. papepon, zaman di SEMESTA sangatla indah. SEMESTA tetap di hati ! ;D


semoga semesta sentiasa gah di persada antarabangsa !

p/s : semoga ade rezeki utk kesekolah lagi.

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : penat ~

Tuesday, June 26, 2012

lulus, teruskan pengajian !

result exam dah keluar. Alhamdulilah. walaupun x sehebat kawan yg lain, tapi bersyukur itu pasti !. berbaki 5 sem je lagi, nak cuba gagahkan diri untuk meletakkan satu tahap yang mana mampu untuk diri. semoga semester 4 ini, sentiasa berwarna-warni. insyaALLAH amin ;)


ALHAMDULILLAH.

semoga apa yang kita mahu, mampu digapai dengan kehendak-NYA.

sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : bersyukur~

Wednesday, June 6, 2012

tahniah emyra ! =)

tanggal 3 jun 2012, first of my friend kawen ! ohsem =) tapi takde rezeki untuk pergi :( sepatutnya, kawan yg pertama kawen la kita pergi kan ? tapi nak buat mcm mane, dh tertulis yg aku x boleh nak datang ? #redha. papepon, tahniah untuk kau emyra ! semoga menjadi isteri yg baik dan solehah ! 2 tahun je lagi nak habis belaja, semoga kau play safe hihihi. btw, tahniah ! ;) kami sentiasa doakan yg terbaik untuk kau && cami ;)


nice ^^,


mak aku kate kau santek. mcm serina rezuan hihi. btw nice ;)

dengan ucapan tulus ikhlas, selamat pengantin baru sis ! ;)

#sory x dapat dtg. nnt aku kawen, kau ajak cami dtg k hehe 

sekian, wassalam~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : cuti~

Wednesday, May 30, 2012

santai-santai~


ahmad : ayah saya doktor !
syafiq : ayah saya engineer ! hehe
kamal : ayah saya pulak arkitek !
aminah : hebatnye ayah koram. ayah aku driver jer.
ahmad,syafiq,kamal : emm ayah kau driver ape ?
aminah : emm driver kapal terbang.
ahmad,syafiq,kamal : puii ! *&%$#@ -_-"

haha peace ^^,


^^,

ok update yg mengarut kan ? haha lantak, asalkan x bersawang :P

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : bosan~

Tuesday, May 15, 2012

semoga dipermudahkan semuanya.

Asaalamualaikum & selamat malam. tgah malam mcm ni tibe-tibe rasa nak menulis hehe. emm sebenarnya, hari nie dh start final exam utk semester 3. paper EDU 3104. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Actually, ramai senior kata paper ni bley skor. tapi semuanya berlalu mcm mimpi huhu. format exam dh berubah. agak kecewa. soklan yang berbentuk HOLISTIK dh menghantui warga IPG. emm. semoga apa yang aku jawab petang tadi boleh diterima pakai oleh pemeriksa peperiksaan. next paper 16 mei. hari guru ok. hari guru pom ade exam keee haha. bakal guru exam pada hari guru. semoga mendapat barakah amin. hehe. semoga kawan-kawan yang lain cekal dan tabah dalam menjawab 4 paper yang bakal mendatang. gud luck ! sekian, wassalam ~


memerlukan ketenangan selepas exam nnt.

semoga semester ini lebih baik dari semester lepas. insyaALLAH, amin ;)

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : final exam ~

Sunday, May 6, 2012

study week bermula.

emm final exam untuk semester 3 hampir tiba. study week bermula. tapi mood study x datang-datang. time2 study week laa mood nak berjalan tu datang -_-" haish. kepada mood yang tidak patut datang, sila datang after final nanti okay ? haha.


mood study, silalah hadir.

kepada kawan2 yg tengah dan akan exam, aku ucapkan gudluck ! harumkan nama keluarga ;D

sekian, wassalam~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai ~

Tuesday, April 24, 2012

mencari ketenangan dalam keserabutan

lame x update blog. bulan 4 bulan yang serabut dengan asiment, makro teaching && so on. tapi tgk wayang sempat pulak kan ? haha itu perkara wajib untuk release stress so kene la luangkan mase untuk wayang hehe. dalam serabut2 mcm ni, rasa mcm nak cari ketenangan. rasa mcm perlukan sesuatu tempat untuk hilangkan stress. 3 minggu lagi nak final exam. semoga berjalan dengan lancar. jadinya, mungkin ketenangan itu akan dicari selepas exam ? insyaALLAH ~


nak cari tempat mcm ni boley ?

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : serabut~

Friday, March 30, 2012

SBE 3, kelantan lagi~

haish lame x update. entry utk bulan nie satu je hehe. sementara bulan mac berbaki 2 hari lagi untuk tahun 2012 nie, ada baiknya kalau aku update satu lagi entry. **ayat taknak kalah wahaha..sebenanye bukan ape, terlampau sibuk, sampai xde mase nak buat entry haha. :P emm aku nak share beberapa gmbar aku bercuti di kelantan. nak kate bercuti tu, tak la bercuti sangat kan. actually ade tujuan lain. sebagai seorang guru pelatih, SBE (School Based Experience a.k.a Pengalaman Berasaskan sekolah) merupakan  perkara yang wajib dilakukan selama empat semester. then 4 semester lagi akan bermulanya praktikum. so kat sini aku taknak cerita pengalaman aku kat sekolah, **nnt praktikum baru story pasal skolah an. hehe. now juz nak share gambar bercuti-cuti malaysia kat kelantan hehe. so jom layan ~


memancing, aktiviti wajib hehe


ketam oh ketam ^^


kepanasan memancing hehe


lepaking at airport PC ^^


makan dulu ^^


air kelapa minuman wajib.


hepi go lucky !


mandi manda ^^


beramah mesra dengan org kampung ~


menanti ~


pengorak masa depan negara ~


senyum sket ~


^^


bowling2 hehe


lepak2 ~


kreatif ~




devil ! hehehe


idea ! hehe


emm gambar banyak lagi, tapi malas pulop nak upload semua haha. cukup sekadar ini kot. sekian wassalam ~
p/S : seronok cuti2 malaysia. next trip, sabah sarawak ;)

terima kasih kerana membaca ^^

mood : santai ~

Sunday, March 4, 2012

buku pilihan.


hai blogger. lama x update hehe. okay cover buku nie menarik kan ? isi kat dalam apatah lagi hehe. yup bulan ni aku beli buku laagiii. haha. buku yang beli bulan lepas pon x sempat nak bace, dah beli buku baru -_-" buku "senyumlah" by  syed alwi alatas && buku "lembutkanlah hatimu" by amaluddin mohd napiah pon menarik jugak. tapi x sempat lagi nak bace. bulan feb memang sangat sibuk. jadi, buku baru beli ni harapannya adalah mase utk dibace hehe. papepon, aku suggest kat korang beli buku kat atas ni. sangat menarik dan kelakar hee. kadang-kadang rase betul jugak apa yang ditulis kat dalam buku nie perihal lelaki & wanita. sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : sunburn -_-"

Friday, February 17, 2012

grateful is everything. ^^,

alhamdulillah. semuanya dh terjawab. betul org cakap penantian suatu penyiksaan. mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. semoga semester 3 menjadi pemangkin untuk aku terus berjaya dan berjaya. ingat pesan mak ayah. jadikan kata-kata mereka sebagai penggerak kejayaan insyaALLAH amin. sekian, wassalam~


Alhamdulillah ^^,

#semoga semester baru labeh baik dari semester lepas.

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tenang ~

Thursday, February 9, 2012

take noted.


rindu saat itu. tidak pasti samaada mungkin akan kembali semula saat itu.
hanya kenangan yang menjadi ingatan.
semoga satu hari nanti saat seperti itu kembali lagi.
sekian, wassalam~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : kenangan~

Saturday, January 28, 2012

entry pantas.


hai name saya olla.
saya berumur sebulan lebey.
saya suka makan kangkung & timun.
saya comeelll sangat ^^,

#geram tgk muke inoncent guinea pig.

sekian, wassalam ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : sedey esok balik maktab.

Wednesday, January 25, 2012

cuti yg sekejap.

cuti kali ni seminggu. mungkin tak akan rasa puas. sebab aku ada ahli keluarga baru untuk bermain dirumah. yang pergi menyambut seruan illahi seekor. **wiwi mati tanggal 16 januari 20012. tapi yg dtang menjadi peganti bertambah kepada tiga. seekor peganti wiwi dan sepasang menjadi peneman kepada mak & ayah bilamana tamtam && cream-o dibawa pulang ke KL kelak. jadi aku tanak cerita panjang so jom tgk gambar2 yg ade~


mungkin akan menjadi penternak yg berjaya suatu hari nanti ?


sangkar utk baby guinea pig. olla & olly ^^, **ade terowong utk menyorok :P


sangkar dewasa guine pig. tamtam && cream-o ^^,


semoga terus kekal sihat olla && olly dirumah ;)

#masih bersyukur dapat pulang kerumah seminggu. budak jauh langsung x boleh balik. 

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : penternak ~

Friday, January 20, 2012

terima kasih kawan.

terharu. hampir 3 tahun zaman persekolahan tamat. hanya mampu berhubung dengan kecanggihan teknologi. tapi cara lama tetap disanjung. terima kasih adah n azam. terharu dengan ingatan korang. aku rase serba salah coz jarang sms bertanya khabar. tup2 aku balik cuti raya cina, ada 2 surat. satunya dari adah. tie kelabu. nice & aku sangat sukakannya. boleh la aku guna untuk p kelas hari2 ;)


^^, tengs adah ~


2nd letter from kawan aku yang sekarang mungkin dah fly ke Australia. memang lame gile x contact dye. mcm dh lost contact sebenarnye. dalam surat yang aku dapat, xde langsung name penulis. tapi aku yakin dan sangat pasti tulisan itu azzam Hussain yang punya hehe. tulisan kau cantik bro. dari dulu lagi aku kagum dengan kekemasan dan keunikan tulisan kau ;) antara ayat dan kata2 semngat yang azam tulis kat aku..

#ingat, bukan sahaja ilmu duniawi yang harus dicurahkan, malah ilmu ukhrawi juga tersangatlah penting, bahkan harus dikehadapankan.
#keakraban kita bagaikan terjalin kemas.bak kata pepatah " terputus anyaman tikar, tidak akan putus semuanya"
#semoga keakraban kita ini kekal sehingga nyawa bercerai dari tubuh.
#dalam kita ghairah mengejar dan menyahut panggilan duniawi di kiri dan kanan, sampai kadang-kadang terkelabu mata mencari tujuan sebenar kehidupan, selalu tercicir matlamat kehidupan yang sebenar di liku-liku kealpaan. simpang-siur keseronokan, kadang-kadang bila tersembam tersadur biji rambutan baru kita teringat siapa diri dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.
#alam mahasiswa banyak cabaran. hanya yang tabah dan cekal akan berjaya.

nice bro ! ayat kau memang power. masa kau bagi tazkirah kat surau SEMESTA lagi aku kagum dengan ayat2 kau yang mengalahkan A.Samad Said ! haha.

papepon, kepada adah & azzam. tengs 4 da letter n present ! i'm very appreciate it ;) insyaALLAH kalau ade rezeki kite jumpe k ! sekian wassalam ~

**semoga perjalanan hidup sahabatku diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T. amin ~

terima kasih kerana membaca ^^

mood : imbau kenangan~

Tuesday, January 17, 2012

perempuan.

first of all, nak cakap terima kasih kepada cik butang. sebab bagi hadiah buku "Batu-Batu kehidupan"(BBK)-Hilal Asyraf- sebagai hadiah bufday. "belated bufday" baru berkesempatan untuk baca. buku yang mempunyai input yg menarik. sebuah buku tarbiah rohani yang aku bace selepas buku La Tahzan. ada satu bab yg menarik minat untuk aku kongsikan ngan korang iaitu "PEREMPUAN"

perempuan. tahukah kalian, bahawa kalian itu sangat mahal.




semakin hari, semakin banyak kes peraniayaan terhadap kaum hawa. sedih. kecewa. hanya mampu berdoa semoga perkara ini berkurang hari demi hari. kerakusan manusia yang mana mampu menjatuhkan air mata setiap yang melihat. siapa yang harus dipersalahkan ? banyak pihak yang perlu pandang serius dalam hal ni. 

aku dari rahim seorang perempuan.




tiada manusia yang lahir selain dari rahim perempuan melainkan Nabi Adam a.s. berpijak dibumi yang nyata. tenung ke hadapan dan fikir. dari mana asal usul kalian ? memang dilahirkan dari rahim seorang perempuan bukan ?

sayang tidak berbalas, tidak mengapa.



sampai satu masa, rasa sedih. melihat kepada diri kalian sendiri. nilai yang sememangnya tinggi dalam sekelip mata berubah. berubah bagaikan tiada langsung nilai pada diri. mungkin kita leka. leka dengan kemewahan dunia. kata -hilal asyraf- tujuan beliau menulis mengenai perempuan bukan untuk disayangi. tetapi untuk perempuan menyangi diri mereka sendiri. dalam hal ini, banyak hati perlu dijaga. tepuk dada, tanya iman. sekian, wassalam~ 


sumber : batubatakehidupan by -hilal asyraf-

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : santai petang ~

Monday, January 16, 2012

Alhamdulillah. berjalan lancar ~

hari yg ditunggu telah sampai. sekarang 50 peratus telah berlalu. tinggal 50 peratus lagi. menunggu. perkara yang kurang digemari oleh ramai pihak. semoga penantian ini berbaloi. hanya berdoa dan terus berdoa. segala tungkus-lumus yang dilalui diharap membawa impak. mungkin ini cabaran. tapi aku tekad. mahu terus berjaya. kalau boleh, aku mahukan lebih. insyaALLAH. semoga kali ini menjadi titik tolak kepada masa akan datang ! kau mampu syazwan ! sekian, wassalam~


sekadar renungan ~

semoga hari besok bertambah cerah dari hari ini ~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : jiwa kental ~

Wednesday, January 4, 2012

cabaran.

hari yang sugul. terkejut. hanya mampu tersenyum. luaran nampak tenang. tipulah kalau aku cakap aku x kecewa. semua yang bergelar insan pasti inginkan kejayaan. tapi teringat aku akan pesanan buku. jangan bersedih kerana kegagalan yang engkau hadapi. tabah,redha dan tekad. aku tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapi rakan sebaya. wajah kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah masing2. tahniah. mungkin aku leka. alhamdulillah. aku terima. ujian seawal ini untuk aku, pasti akan membuatkan aku lebih fokus. jika aku leka disaat akhir ? kecundang disaat aku ingin ditabalkan sebagai insan ? pasti lagi sukar bukan ? aku terima YA ALLAH. suara ibu yang sentiasa mendoakan anaknya pasti akan membuahkan hasil yang manis. semoga awal tahun baru akan menjadikan aku lebih kental. sekian, wassalam~


a good engineer learn from his failure from his past ^^,

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : tekad !

Tuesday, January 3, 2012

kisah aku.

menjejakkan kaki pada hari pertama, tahun baru, semester baru. dada pasti akan berdetup kencang. bukan takut atau gentar. tapi hati kurang yakin. mampukah aku hadapi semester baru ? dugaan pasti ada. tipulah kalau aku katakan bahawa setiap semester berlalu dengan tenang. sedikit cabaran mampu menjadikan hari2 kita berwarna bukan ? hari pertama sudah berlalu. semuanya berlalu dengan sedikit sukar. penerimaan aku dengan bilik baru. agak sukar. tetapi setiap detik yang berlalu, aku jadi redha. mungkin ada hikmah ? setiap yang berlaku pasti ada agendanya tersendiri. sangat menghargainya. hanya mampu tersenyum. sekian, wassalam~


ketenangan itu pasti ada.

#menanti detik perletakan jawatan.

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : sempoi ~

Sunday, January 1, 2012

1st entry.

1/1/2012. tetap kene update. walaupun tak taw nak conteng ape, tetap kene update hehe. hari pertama untuk tahun baru. buat masa sekarang, sibuk untuk mengenalpasti barang2 yang perlu dibawa ke IPG Kampus pendidikan Teknik. setelah sebulan lebih bercuti, berat rasa hati nak pack barang. semester baru, azam baru. semoga semester 3 PISMP berjalan dengan sempurna. sekian, wassalam~


ok stress pack barang :P

note : jahitan,kajian kurikulum,larian mesra, uniform, etc. sem yg mencabar~

terima kasih kerana membaca ^^,

mood : azam baru ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...